“PASUKAN PERLUKAN MASA UNTUK DAPATKAN KECERGASAN MAKSIMUM” – DATUK ONG KIM SWEE

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain Sabah, Saddil Ramdani (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain pertahanan Penang, Muhammad Adib Abdul Ra’op dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu petang tadi. .
( 📸 ©NSTP)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Datuk Ong Kim Swee mengakui Sabah bergelut dengan prestasi

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kim Swee mengakui Sabah bergelut dengan prestasi.
( 📸 ©malaysianfootballleague.com)
Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui anak buahnya memerlukan masa untuk mendapatkan tahap kecergasan yang terbaik untuk mengharungi Liga Super musim ini.

Beliau mengakui, anak buah sedikit bergelut dengan tahap kecergasan masing-masing dan memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan momentum yang terbaik.

Pasukan Sabah dilihat sedikit bergelut dengan prestasi sehingga mereka terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Penang FC dalam perlawanan minggu pertama Liga Super di Stadium Likas.

Bagi Datuk Ong Kim Swee, sudah pasti ia bukan suatu keputusan yang diinginkan lebih-lebih lagi beraksi di halaman sendiri namun beliau optimis anak buahnya mampu memperagakan aksi yang lebih baik menentang Kelantan Darul Naim FC nanti.

“Mana-mana jurulatih pun tidak akan berpuas hati dengan satu mata tapi saya percaya kita akan buat lebih baik dalam perlawanan menentang Kelantan nanti” jelas beliau.

Tambahnya lagi, penyerang import kelahiran Brazil, Ramon Machado de Macedo mungkin tidak dapat turun beraksi disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Setakat ini, Ramon Machado masih mengalami kecederaan” tambah beliau.

Walaubagaimanapun, jurulatih berusia 53 tahun itu tetap yakin skuad The Rhinos mampu bangkit memperagakan aksi yang lebih baik dalam pertemuan menentang pasukan KDN FC di Kota Bharu nanti.

“Untuk pertemuan ini, kami akan cuba berikan yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata pertama kami” tambahnya lagi.

Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk berdepan KDN FC dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 17 Mei ini.

SOURCE: malaysianfootballleague.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.