Faisal Halim 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Faisal Halim ketika bertemu pengamal media dari Malaysia sempena Piala Asia 2023.
( 📸 ©BERNAMA)

Faisal menggesa Harimau Malaya untuk menentang pengkritik dan mengaum kembali

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
FAISAL Halim (kanan) mengawasi gerak-geri rakan sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi yang mengasak kubu Bahrain di Stadium Jassim Hamad, Doha, semalam.
( 📸 ©FAM)
SAYAP kiri, Faisal Halim menganggap terdapat ramai ‘jurulatih’ di luar Harimau Malaya pada kalangan mereka yang mengkritik kekalahan pasukan kepada Jordan dan Bahrain yang menyingkirkan Harimau Malaya lebih awal dari ke pusingan kedua bola sepak Piala Asia 2023/2024 di Qatar.

Kata Mickey (julukannya), peminat dan orang ramai berhak untuk menilai dan memberi pendapat tetapi tiada hak untuk membuat keputusan kerana para pemain negara tahu apa yang ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon inginkan dan perlukan pada setiap perlawanan Kumpulan E itu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
GAMBAR KANAN: Faisal Halim (tengah) dan Arif Aiman Hanapi (kiri) serta La’Vere Corbin-Ong kembali menjalani latihan di Universiti Qatar, Doha, hari ini menjelang menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.
( 📸 ©FAM)
“Kritikan ini perkara biasa apabila kami menang, semua OK, semua bagus. Apabila kami kalah, macam-macam, lebih ramai ‘jurulatih’ di luar sana. Kami pemain kena terima sahaja apa kata peminat dan orang ramai,” katanya di Universiti Qatar, Doha, dipetik daripada video portal media.

Anak jati Seberang Jaya, Pulau Pinang ini menambah, Pan-gon selalu berpesan, apa-apa yang berlaku sekalipun, dia tetap akan berdiri di depan pasukan negara termasuk sekiranya ada yang mempertikaikan taktikal mahupun susunan pemain utamanya.

“Kami melawan Taiwan pakai taktikal sama, tiada orang merungut Faisal dan Arif Aiman Hanapi bermain posisi sama atau berlainan (sayap kiri dan kanan) tetapi apabila kami kalah, itu yang dibangkitkan. Apabila kami menang, orang tidak nampak pun sebenarnya apa yang kami sedang buat.

Faisal, 26, berharap dia dan rakan sepasukan dapat mengatasi segala kritikan tersebut apabila mereka berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Khamis ini sekalipun memang pasti mengakhiri kempen Piala Asia Ke-18 ini di tempat corot Kumpulan E.

“Selepas melawan Kyrgyzstan (menang 4-3 dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bukit Jalil pada 16 November lalu), saya amat risau kami berada terlalu jauh tetapi apabila dalam situasi sekarang, semua orang tidak boleh menerima kekalahan pasukan.

“(Seolah-olah) kami berikan harapan tinggi kepada penyokong-penyokong negara dan apabila di tahap sedemikian, semua orang yang tidak dapat menerima (kekalahan di Qatar), akan berbalik kepada pemain sendiri,” kata pemain tercilik Harimau Malaya setinggi 1.58 meter dan seberat 52 kilogram ini.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
HARIMAU Malaya melupakan kehampaan ditewaskan gol minit terakhir oleh Bahrain di Doha, semalam untuk bertumpu kepada berdepan Korea Selatan di Al Wakrah, Khamis ini.
( 📸 ©FAM)
Menentang Korea Selatan (di tempat kedua Kumpulan E dan di ranking ke-23 dunia berbanding Malaysia, ke-130) pasukan negara katanya, mahu cuba memberi apa yang termampu dan terbaik sebagai persediaan dan langkah berikutnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang bersambung 21 Mac ini di Muscat, Oman.

“Melawan Jordan, kami mencipta peluang tetapi jaringan tidak berlaku, begitu juga dengan Bahrain dan dibolosi minit-minit akhir memang sangat perit untuk diterima pemain dan penyokong negara. Kami pun tidak sangka perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Tegas Faisal, pasukan negara sering bersembang dalam bas mahupun di meja makan bahawa walau apa sekalipun, mereka tidak mahu pulang ke tanah air dengan gol yang banyak dibolosi selepas lima kali Jordan dan Bahrain ‘mencerobohinya’ di Al Wakrah pada 15 Januari lalu dan di Stadium Jassim Hamad, Doha semalam.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
FAISAL Halim ketika bertemu pengamal media dari Malaysia sempena Piala Asia 2023, hari ini.
( 📸 ©BERNAMA)
KEKALAHAN saat-saat akhir kepada Bahrain memberi kesan yang besar kepada skuad Harimau Malaya dengan pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai sebab tersendiri sukar untuk melupakan perlawanan itu.

Faisal berkata, pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad itu beliau memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.

"Setiap perlawanan saya nak jaringkan gol. (Semasa) lawan Bahrain saya ada peluang nak jaringkan gol tapi saya nampak Paulo (Paulo Josue) ada ruang yang lebih baik tetapi bila tengok balik rakaman perlawanan saya mampu (sebenarnya) membuat rembatan.

"Tapi situasi dalam padang lain berbanding sudut pandangan dalam televisyen. Kesal memang kesal tetapi saya rasa keputusan membuat hantaran kepada Paulo adalah pilihan yang terbaik ketika itu,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.

Pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu berkata demikian ketika ditanya adakah beliau memasang impian untuk menjaringkan gol apabila bertemu juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di sini, Khamis ini.

Sementara itu, beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada dua aksi sebelum ini berkata para pemain berada dalam kesedihan dan kecewa susulan kekalahan kepada Bahrain yang menyaksikan skuad Dilmun’s Warriors berjaya mencipta jaringan pada penghujung masa kecederaan babak kedua.

Namun, katanya, semangat pemain tetap utuh untuk menghadapi Korea Selatan biarpun di atas kertas skuad Taegeuk Warriors memiliki segala kelebihan untuk mengutip tiga mata.

"Ia bukan perlawanan yang mudah, kita lawan dengan pasukan yang bermain di Piala Dunia. Di atas kertas sudah tentu kita kalah tetapi sebagai pemain siapa mahu kalah,” katanya.

Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989. - Bernama

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.