Panggilan telefon TMJ buka hati Cools wakil Harimau Malaya

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Satu panggilan yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM YMJ telah membuka pintu hati bintang kelahiran Belgium-Malaysia, Dion Cools untuk mewakili Harimau Malaya.
( 📸 ©makanbola.com)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Panggilan Telefon TMJ ‘Ketuk’ Hati Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
COOLS pernah dipanggil menyertai skuad remaja Belgium. .
( 📸 ©FIFA.com)
Doha: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah individu penting yang 'membuka hati' pertahanan kacukan negara, Dion Cools untuk menerima panggilan beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Katanya, dengan hanya satu panggilan telefon daripada Tunku Ismail, dia terus memutuskan untuk menyarung jersi negara di pentas antarabangsa.

"Terdapat satu panggilan telefon buat saya dan tanpa diduga ketika itu ia daripada TMJ sendiri.

"Baginda menjelaskan cuba untuk membangkitkan semula pasukan kebangsaan kerana skuad Harimau Malaya masih berada di kancah bawahan ketika itu.

"Ternyata ia bukanlah satu keputusan yang sukar untuk saya lakukan kerana berniat untuk bermain di Malaysia.

"Saya agak tertarik dengan penjelasan TMJ, maka saat itu juga saya putuskan kepada baginda 'OK', sekarang saya akan mewakili Malaysia'," kata Cools berkongsi detik itu kepada Fifa yang disiarkan di laman rasmi fifa.com.

Cools yang memiliki darah campuran Malaysia-Belgium sudah merekodkan 23 penampilan bersama skuad kebangsaan sejak 2021.

Dalam tempoh itu, dia yang juga kapten pasukan sudah meledak empat gol selain membantu pasukan layak ke Piala Asia secara merit buat pertama kalinya selepas 43 tahun.

Dalam perkembangan sama, Cools menyatakan, ketika berusia 24 tahun dia pernah dipanggil mewakili pasukan remaja Belgium, namun agak sukar menembusi skuad senior negara itu.

"Ketika itu, saya selalu memberitahu ibu dan bapa saya bahawa bermain di Belgium bukan mudah dan sukar untuk dilakukan.

"Sudah tentu perbezaan kedudukan antara Belgium dan Malaysia boleh dilihat sendiri seperti Belgium pernah menjadi pasukan nombor satu dunia.

"Namun rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia, peminat dan negara sebenarnya lebih mendalam," katanya yang kini berada di Qatar bersama skuad Harimau Malaya di saingan Piala Asia 2023.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.