JDT ikat Jalil Elias
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pemain import baharu musim depan apabila mengesahkan bekas arkitek tengah Newell's Old Boys, Jalil Elias menyertai juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.
Kehadiran tonggak berkualiti dari Argentina itu sudah pastinya membawa nilai tambah buat kekuatan skuad Harimau Selatan itu pada musim depan.
Elias akan mengisi kuota import Harimau Selatan dengan beberapa pemain import musim ini dilepaskan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.
Kehadiran pemain dari Argentina itu menyaksikan dia kini memegang status sebagai pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) dengan nilai 3 juta euro (RM15.2 juta).
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola