PSG masih 'sesuaikan diri' dengan Luis Enrique - Lucas Hernandez

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Pemain PSG, Lucas Hernandez (tengah) cuba mencabar penjaga gol Inter Milan, Filip Stankovic pada aksi persahabatan pramusim di Stadium Nasional Jepun, Tokyo malam tadi. – Foto REUTERS
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Pemain PSG (jersi biru gelap) jelas kecewa apabila pemain tengah Inter Milan, Stefano Sensi (jersi nombor 5) menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada aksi persahabatan pramusim di Tokyo, malam tadi. (Foto ©AFP)
Pemain baharu Paris Saint-Germain (PSG), Lucas Hernandez berkata pasukannya masih menyesuaikan diri dengan corak jurulatih baharu Luis Enrique di sebalik kegagalan mereka memenangi sebarang perlawanan dalam jelajah pramusim di Jepun.

Kelab juara Perancis itu tewas 2-1 di tangan Inter Milan di Tokyo malam tadi, selepas seri 0-0 dengan Al-Nassr diketuai Cristiano Ronaldo dan tewas 3-2 kepada kelab Liga-J, Cerezo Osaka minggu lalu.

Jelajah itu dibayangi dengan penyingkiran bintang serangan Kylian Mbappe, yang diketepikan daripada skuad sejurus sebelum mereka berlepas, mencetus keraguan mengenai masa depannya di Parc des Princes.

Hernandez, yang menyertai kelab itu dari Bayern Munich pada musim panas ini berkata, pasukan itu masih mencari rentak di bawah kendalian Enrique.

"Memang benar dalam bola sepak apa yang paling penting adalah keputusan, tetapi kami sedar ketika ini kami sedang menyesuaikan diri dengan jurulatih baharu yang menuntut banyak perkara daripada kami."

PSG mendahului menerusi Vitinha pada awal babak kedua namun dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir daripada pemain Inter, Sebastiano Esposito dan Stefano Sensi membolehkan naib juara Liga Juara-Juara itu meraih kemenangan.

"Kami bermain baik pada babak pertama dan memulakan babak kedua dengan baik juga, tetapi selepas itu kami perlu lebih mantap dan cuba mengekalkan keputusan, kerana akhirnya ia perkara yang paling penting," kata Hernandez.

Neymar antara pemain gantian PSG tetapi dia hanya memanaskan bangku simpanan.

Pemain Brazil itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan di pangkal kaki kanan pada Februari lalu dan menjalani pembedahan bulan berikutnya.

Hernandez memulakan perlawanan di samping pemain baharu PSG, Manuel Ugarte, Milan Skriniar dan Marco Asensio.

PSG kini akan berkunjung ke Korea Selatan untuk bertemu kelab Liga-K, Jeonbuk Hyundai Motors sebelum memulakan kempen musim baharu liga Perancis di laman sendiri menentang Lorient pada 12 Ogos depan. – AFP

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.