Impian J. Partiban wakili Kedah tercapai

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Aksi J.Partiban ketika bersama KL City.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


RASMI: J. Partiban Sertai Kedah Secara Pinjaman

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Pemain sayap KL CIty, J.Partiban dipinjamkan bagi memperkuat skuad Sang Kenari. (Foto ©berita.rtm.gov.my)
2 Ogos- Kelab itu mengesahkan membawa masuk pemain sayap KL CIty, J.Partiban secara pinjaman dan pemain tengah, Abdul Halim Saari yang pernah menabur bakti bersama pasukan dari 2016 hingga 2018.

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapatkan khidmat dua pemain tempatan baharu bagi membantu pasukan itu melakar kejayaan dalam kancah Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Melalui satu kenyataan, kelab itu mengesahkan membawa masuk pemain sayap KL CIty, J.Partiban secara pinjaman dan pemain tengah dan Abdul Halim Saari yang pernah menabur bakti bersama pasukan dari 2016 hingga 2018.

Kehadiran Partiban dijangka mampu memperkuatkan bahagian sayap skuad Sang Kenari dengan larian pantas dan hantaran lintang yang berkualiti.

Selain membantu KL City melangkah jauh dalam saingan Piala AFC dan Piala Malaysia musim lepas, pemain berusia 30 tahun itu juga cemerlang ketika bersama Perak, Terengganu dan Sarawak.

Sementara itu, KDA FC berharap pengalaman dimiliki Halim Saari bersama pasukan Selangor FC dari tahun 2019 hingga 2022 mampu menambah kekuatan di bahagian tengah.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Abdul Halim Saari (Foto ©FB Kedah Darul Aman FC)
Kedua-dua pemain tempatan ini diumumkan dalam jendela perpindahan kedua musim ini selepas Kedah mengikat dua pemain import baharu, Ifedayo Olusegun dan Moses Atede awal bulan lalu.

Dalam pada itu, Partiban mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai skuad Sang Kenari.

Dia juga yakin kepantasan dan pengalaman dimiliki bersama beberapa pasukan besar menjadi punca jurulatih, Nafuzi Zain berminat mendapatkan khidmatnya.

"Diberi kepercayaan, jadi saya akan buat yang terbaik untuk Kedah. Saya akan bagi apa yang saya ada untuk kuatkan pasukan Kedah," katanya.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Hasrat Partiban untuk mewakili KDA FC telah lama dipendam, akhirnya rezeki tiba tepat pada waktunya, permohonan Sang Kenari untuk menawarkan kontrak pinjaman dipersetujui KL City, kelebihan buat Kedah dengan pemain sayap baharu. (Foto ©VocketFC)
Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mendapatkan J. Partiban bagi menambah sengat di bahagian sayap pasukan itu.

Kehadiran pemain itu akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain dalam merencana strategi berdepan lawan berbeza.

“Kehadiran beliau memberi lebih banyak pilihan dibahagian sayap melalui pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini.

“Kepantasan dan gemar membuat hantaran lintang pasti menggerunkan pihak lawan untuk menghalang kombinasi serangan Sang Kenari yang semakin padu,” menurut kenyataan media kelab berkenaan.

Nama Pertiban mula menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan ketika dia mewakili Perak dibawah kendalian Mehmet Durokovic.

Pemain berusia 30 tahun itu, turut membantu KL City melangkah ke final Piala AFC dan menjulang Piala Malaysia musim lepas.

“Saya telah lama ingin mewakili Kedah, akhirnya hasrat itu tercapai dan tepat pada waktunya,” ujar Partiban juga pernah menyarung jersi pasukan Sarawak dan Terengganu.

Pemain itu dipinjam daripada KL City dan akan beraksi bersama Kedah sehingga akhir musim ini.-UTUSAN

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.