Aidil Sharin Pengendali Baru Kuching City

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Aidil Sharin Pengendali Baru Kuching City.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Aidil Sharin ketua jurulatih baharu Kuching City

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Aidil ikat kontrak bersama Kuching City sehingga akhir musim dengan pilihan tambahan setahun bagi edisi 2024.
(Foto ©Sinar Harian)
KUCHING City FC melantik jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Aidil merupakan bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi musim 2019 hingga 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City, Iswandy Ali Hassan memberitahu, kontrak itu adalah untuk tempoh lima bulan dengan pilihan lanjutan selama semusim buat pengendali berusia 46 tahun itu.

“Sekarang ini kontrak lima bulan, ada optional (pilihan) untuk dia.

“Kita akan tambah semusim lagi untuk tahun hadapan,” katanya pada sidang media yang disiarkan platform media sosial rasmi kelab pada Rabu.

Dalam pada itu, Iswandy turut memaklumkan mengenai petunjuk prestasi utama (KPI) buat Aidil iaitu kekal berada dalam saingan Liga Super musim depan.

Beliau turut mengumumkan bekas ketua jurulatih sementara Kuching City, Firdaus Morshidi dilantik sebagai penolong ketua jurulatih.

Pengumuman pelantikan Aidil dan Firdaus adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Irfan Bakti Abu Salim dan Sulaiman Hussin susulan peletakan jawatan mereka sebagai ketua dan penolong ketua jurulatih sebelum ini.

Sebagai rekod, selama tiga musim bersama KDA FC, Aidil membawa pasukan berkenaan muncul juara Piala FA 2019 serta naib juara Liga Super 2020 dan 2021.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Aidil Sharin Sahak.
Seminggu selepas meninggalkan kelab Indonesia, Aidil Sharin Sahak sebagai Ketua Jurulatih Kuching City.

Perkara tersebut disahkan oleh kelab Liga Super itu dalam satu kenyataan hari ini, sekali gus menjawab spekulasi yang sudah beberapa minggu diperkatakan.

Jurulatih kelahiran Singapura itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan, dua minggu lalu.

Aidil, 46, pernah membimbing Kedah Darul Aman (KDA) dari 2019 hingga 2022 sebelum menyertai Persikabo awal tahun ini.

Beliau akan dibantu oleh dua jurulatih tempatan iaitu Firdaus Morshidi dan Zulkarnien Poasa dengan misi mengeluarkan The Cats dari zon penyingkiran.

Selepas mengharungi 18 perlawanan, Kuching City yang hanya mencatat satu kemenangan menduduki tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata. – UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.