
Van Dijk kapten Liverpool, Alexander-Arnold penolong

Van Dijk, 32, yang turut menjadi kapten skuad kebangsaan Belanda, akan menggantikan Jordan Henderson selepas pemain tengah England itu menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq minggu lalu, menamatkan karier 12 tahun di Anfield.

"Ia benar-benar satu hari yang membanggakan buat saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya. Ia satu perasaan yang istimewa dan saya tidak boleh menggambarkannya ketika ini. Tetapi ia sesuatu yang saya amat banggakan," kata Van Dijk dalam satu kenyataan.
"Saya akan melakukan segala-galanya dengan kudrat saya dan apa saja yang boleh untuk membuatkan setiap orang bangga serta gembira dengan saya dan kelab ini."

"Kami juga perlu bersabar tetapi kami mahu berada di sana dan mahu membuktikan keupayaan kerana kami mempunyai satu kelompok pemain yang fantastik, staf, peminat, stadium...," kata Van Dijk.
"Ia mengenai melakukannya bersama-sama secara konsisten dan harapnya kami mampu melaksanakannya."
Alexander-Arnold, 24, menyertai akademi Liverpool pada 2004 dan menjadi kapten kelab itu bagi hampir semua pasukan peringkat umur.
Dia akan mengambil alih daripada pemain veteran James Milner, yang menyertai Brighton pada jendela perpindahan kali ini. – REUTERS
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola