TMJ: “Bukan Johor Yang Kawal Bola Sepak Malaysia”.
Mengapa susah nak akui kegagalan? - TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir pihak yang gemar mengalih pandangan atau mereka-reka cerita terutama selepas tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Jelas Tunku Ismail yang juga pemilik JDT, kegagalan pasukan lawan memberi saingan kepada skuad Harimau Selatan adalah disebabkan kelemahan di peringkat pengurusan yang gagal merancang dengan sebaiknya.
"Takkan setiap tahun apabila gagal ada sahaja alasan atau salah orang lain. Mengapa susah sangat nak terima kegagalan itu datang daripada kegagalan merancang pihak pengurusan sendiri.
"Apabila gagal dan nak mengalihkan perhatian terhadap kegagalan tersebut daripada penyokong sendiri terus salahkan pihak lain," katanya di laman sosial Story Instagram miliknya.
Ujarnya lagi, peminat dan penyokong sering menjadi mangsa atas alasan yang direka oleh pihak tertentu itu.
"Penyokong yang kurang arif untuk membuat penilaian sendiri terus percaya pihak pengurusan kelab buta-buta. Cerita yang sama setiap tahun.
"Apabila kita susah nak terima kelemahan kita dan bersikap tidak mengambil tanggungjawab, maka kita tidak akan ke mana-mana.
"Nasihat ikhlas saya cukuplah menipu dan memperdaya penyokong sendiri dengan 'hype hype' yang tak masuk akal dan salahkan pihak lain," katanya.
Walaupun kenyataan itu tidak dinyatakan secara tepat kepada siapa, namun difahamkan teguran Tunku Ismail itu buat pasukan di Liga M yang sering memberi alasan selepas tewas kepada JDT.
Antara alasan yang sering digunakan adalah isu pengadilan yang dikatakan sering memihak JDT selain beberapa isu lain lagi.
SOURCE: RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola