Benzina lakar sejarah baharu bola sepak wanita

Pertahanan Maghribi berusia 25 tahun itu mewakili pasukan ASFAR (Association's Sports of Forces Armed Royal) secara profesional di negaranya.
Kapten Maghribi, Ghizlane Chebbak berkata, mereka bukan sahaja memburu keputusan di kejohanan kali ini, tetapi juga mahu budaya mereka menyinar.
"Kami berbangga menjadi negara Arab pertama beraksi di Piala Dunia Wanita dan kami memikul tanggungjawab untuk memberikan gambaran baik, menunjukkan apa yang pasukan Maghrini mampu capai," kata Chebbak.
Benzina pula teguh dengan pendiriannya sebagai seorang Muslim untuk menutup aurat dan membuktikan ia masih boleh dilakukan walaupun beraksi di peringkat tertinggi.

Pada tahun 2007, pengadil menghalang gadis berusia 11 tahun dari Kanada memakai hijab ketika perlawanan. Isu itu sampai kepada FIFA, dan badan induk bola sepak dunia itu memilih untuk melarang pemakaian penutup kepala dalam kejohanan anjurannya.
Pada masa itu, hanya penutup kepala yang mendedahkan leher dibenarkan. Alasan FIFA, pemain terdedah kepada bahaya terjerut - sama ada kepada diri sendiri atau pemain lain.
Pengarah Operasi Creating Chances and Football United, Assmaah Helal percaya peraturan itu tidak masuk akal sama sekali.
"Ia memberikan mesej kepada wanita Muslim, terutama mereka yang memakai hijab, yang kami tidak berhak bermain sukan ini," kata Helal.

Akhirnya pada tahun 2012, FIFA memberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tempoh percubaan yang membenarkan pemain memakai tudung.
Pemakaian hijab masih dilarang di Perancis, dan Piala Dunia Wanita 2019 yang diadakan di negara itu menyaksikan larangan berkenaan masih diguna pakai.
Tahun ini, Benzina menjadi pemain pertama memakai hijab di Piala Dunia dan ia diharap akan membuka laluan kepada lebih ramai pemain Muslimah memakainya. - AGENSI
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola