
Rasmus Højlund setuju sertai Man United

Penyerang Denmark berusia 20 tahun itu difahamkan telah melengkapkan ujian perubatannya selepas United pada minggu lalu mencapai kesepakatan bernilai £64 juta (RM370.52 juta) dan potensi bayaran tambahan sebanyak £8 juta (RM46.31 juta) dengan Atalanta.
Selain Hojlund, United sebelum ini turut menandatangani bekas perancang Chelsea, Mason Mount, pada Jun lalu selain bekas penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, bulan lalu.
Untuk Rekod, Hojlund menyertai Atalanta daripada Sturm Graz musim panas lalu dan dia kemudian menjaringkan sembilan gol daripada 32 penampilan.

Pemain Denmark itu adalah pemain bintang ketiga berpindah ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini selepas pemain tengah Chelsea, Mason Mount dan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.

Højlund menyertai Atalanta pada Ogos 2022 dari kelab Austria, Sturm Graz pada harga 17 juta euro (RM85.43 juta). Dia menjaringkan sembilan gol dalam 32 penampilan di Serie A musim lalu.
Pengendali United, Erik ten Hag bagaimanapun tidak mahu mendedahkan berkenaan perjanjian itu ketika ditanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di Las Vegas semalam.

Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tangga ketiga, tetapi hanya meledak 58 gol - kurang 36 gol berbanding juara treble, Manchester City.
United memerlukan penyerang baharu untuk bergandingan dengan Marcus Rashford di barisan depan.

SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola