Karier Mickey mahu dihancurkan?

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
FAISAL HALIM.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Faisal digantung kerana 'celupar'

The light house, which is still operational, and garden on the island.

Azraai Khor Abdullah CREDIT:Bekas jurulatih Harimau Muda

PETALING JAYA: Penggantungan empat bulan terhadap Faisal Halim umpama ‘racun’ yang ingin ‘membunuh’ kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Itu pandangan bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah terhadap tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghukum Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey kerana kenyataan yang dikeluarkan kepada media, April lalu.

Kata Azraai, kesalahan pemain sayap Selangor FC itu sangat ringan dengan hanya mengeluarkan kenyataan ketika ditemuramah media dan bukannya menumbuk atau bergaduh dengan pengadil.

Katanya, FAM sepatutnya mengeluarkan surat amaran terlebih dulu pemain itu memandangkan ia adalah kesalahan pertama yang dilakukan.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Faisal Halim membuat kenyataan media selepas kalah di tangan Sabah FC April lalu, banyak pihak mahu menjatuhkan Selangor FC. (Foto ©NSTP/Aizuddin Saad)
Picture Picture
“Berat sangatkah kesalahan yang dilakukan Faisal sehingga dia perlu menerima akibat digantung semalam empat bulan. Hukuman ini dilihat seperti mahu membunuh karier bola sepak pemain itu.

“Faisal adalah antara tonggak utama skuad kebangsaan dan FAM seharusnya ada timbang rasa dengan boleh memberikan amaran kepada pemain itu supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

“Hukuman ini sudah pastinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan kerana secara tiba-tiba Faisal dikenakan tindakan terbabit selepas tiga bulan kejadian itu berlaku,” katanya, ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan kelmarin mengesahkan Faisal digantung kerana kenyataan yang dikeluarkan selepas perlawanan menentang Sabah di Likas pada 27 April lalu.

“Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga

Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April 2023.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023.

“Bagaimanapun Faisal hanya dikenakan penggantungan sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023) yang mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023,” katanya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.