B.Sathianathan meninggal dunia

SATHIANATHAN menghembuskan nafas terakhir di PPUM.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Bekas pengendali Harimau Malaya meninggal dunia

Kuala Lumpur: Arena bola sepak negara diselubungi duka apabila dikhabarkan bekas pengendali skuad Harimau Malaya B Sathianathan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Baddrol
B. SATHIANATHAN
Perkara terbabit disahkan Pegawai Media Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Christopher Raj.
Freddy Adu Christopher Raj Aralanthu


"Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik," tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Sathia di Twitter.

Chris ketika dihubungi mengesahkan pemergian bekas pemain bola sepak itu pada jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mengikut rekod, pada musim lalu jurulatih berpengalaman itu terpaksa berehat seketika daripada bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Mendiang yang juga bekas pengendali Sarawak United sering menjadi rujukan kepada pengamal media membabitkan isu semasa yang melanda arena bola sepak tanah air.

Berdasarkan profil Sathianathan, beliau mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Seterusnya mendiang menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.

Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009 selain sebelum itu turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.

Dalam saingan Liga M, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).

Selain itu, beliau turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.

Picture
Kata-kata terakhir mendiang Sathia yang saya dengar di kaca TV adalah komen beliau mengenai pasukan yang baru naik dari Liga Perdana wajib punyai 2-3 pemain berpengalaman. Bukan untuk menang liga tapi sekadar untuk kekal dan kompetitif. “Itu Marlon dan Bruno Martelotto saya yang paksa pengurusan untuk ambil sebab mereka ada pengalaman dengan liga kita dan pemain muda boleh belajar dengan mereka” Walaupun ketika itu zaman kegemilangan Marlon dan Bruno sudah jauh berlalu. RIP B.Sathianathan. Harap lantangmu dikenang jasamu memahat di setiap jiwa bolasepak Malaysia..”
Nurazhar Mohd Zin
Baddrol
Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Satiananthan.

Satiananthan bintang sukar dicari ganti

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas pengendali skuad kebangsaan, B Satiananthan yang meninggal dunia, hari ini, disifatkan sebagai kehilangan satu bintang yang sukar dicari ganti buat arena bola sepak negara.

Mendiang yang berusia 65 tahun memberikan sumbangan besar terhadap sukan bola sepak negara selain turut menjadi pembela kepada nasib jurulatih di negara ini.

Satiananthan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Walaupun umum mengetahui beliau menghadap masalah kesihatan, namun berita pemergiannya itu mengejutkan banyak pihak dan menjadi perkhabaran sedih khususnya buat komuniti bola sepak Malaysia.

Bekas Naib Presiden PJBM, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim menyifatkan Satiananthan sebagai 'pengamal' sebenar sukan bola sepak di negara ini.

Berkongsi kisahnya berkhidmat bersama Satiananthan selama empat tahun dalam pengurusan PJBM, Zulakbal berkata mendiang adalah individu yang sangat tegas dalam memperjuangkan nasib jurulatih tempatan.

"Kita lihat banyak perubahan yang dibawa masuk Satiananthan dalam PJBM. Beliau lebih suka berbincang berbanding bertelagah jika ada apa-apa isu dan beliau memang individu yang tegas.

"Sebelum ini ramai jurulatih mengadu kepada PJBM mengenai isu direhatkan. Beliau sendiri bersama kami berjumpa dengan FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk menentukan bahawa perkataan direhatkan itu tiada dalam kontrak jurulatih.

"Itu antara perjuangan yang beliau bawa sepanjang empat tahun saya bersama dia sebagai Naib Presiden PJBM selain beliau turut meminta persatuan memperbanyakkan program untuk meningkatkan jurulatih tempatan.

"Sudah tentu satu kehilangan besar buat bola sepak negara. Beliau bukan sahaja pemimpin, tetapi pengamal bola sepak yang sebenar.

"Pemimpin biasanya sudah bersara (dari sukan), tetapi dia masih berkarya di atas padang. Satiananthan ini satu bintang yang sukar dicari ganti dan harus dijadikan contoh," katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan Satiananthan pernah menyimpan hasrat untuk menubuhkan persatuan jurulatih bola sepak seluruh Asia.

"Sudah beberapa kali beliau memaklumkan dalam mesyuarat yang beliau sudah berbincang dengan wakil dari negara lain untuk menubuhkan persatuan itu.

"Namun, ia tidak menjadi kenyataan semasa hayatnya. Saya harap orang yang menggantikan beliau nanti akan meneruskan apa yang beliau tinggalkan," katanya.

Dalam pada itu, banyak pihak termasuk FAM dan MFL turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Satiananthan.

Mendiang mengemudi skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menjuarai Pestabola Merdeka 2007, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal tahun 2009.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu turut pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, ATM, Felda United, Selangor dan Sarawak United.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.