Baddrol bertanding atas tiket PN
Kuala Lumpur: Bekas pemain Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar kemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket Perikatan Nasional (PN). Walaupun ketika ini tiada pihak yang membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara itu namun sumber dalaman PN memaklumkan kepada Arena Metro bahawa bekas pemain kebangsaan itu akan mewakili parti berkenaan untuk bertanding pada bulan depan.Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pemain berusia 35 tahun itu sebelum dia bersetuju untuk 'terjun' dalam bidang politik dengan bertanding pada PRN.
"Betul pemain itu akan bertanding pada PRN atas tiket PN. Surat watikah lantikan akan diberikan pada Isnin ini.
"Berkaitan kawasan yang bakal bertanding akan diumumkan dalam tempoh terdekat," katanya.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan terdapat desas-desus Baddrol bakal berkecimpung dalam dunia politik susulan pengumuman Sabah FC memaklumkan pengunduran pemain itu daripada skuad Badak.
Begitupun, tidak dipastikan sama ada khabar angin itu benar dan Baddrol sendiri masih belum mengumumkan hala tujunya selepas ini.
Malah, persoalan turut berlegar dalam kalangan peminat, parti politik mana yang akan disertai pemain kelahiran Kedah itu jika benar dia menyertai PRN kali ini.
Sementara itu, usaha Arena Metro untuk menghubungi Baddrol gagal apabila pemain itu tidak menjawab panggilan dan membalas WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Tinggalkan Sabah, Baddrol ada ‘perjuangan’ baharu di Kedah?
PETALING JAYA: Selepas 41 penampilan sejak menyertai Sabah FC tahun lalu, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan mengejut meninggalkan skuad Sang Badak serta-merta.Perkara tersebut diumumkan Sabah FC semalam selepas mencapai persetujuan bersama dengan bintang tengah berusia 35 tahun itu.
Biarpun tidak dinyatakan mengapa keputusan Baddrol diambil secara tiba-tiba, namun desas-desus mengatakan bekas pemain kebangsaan itu akan kembali ke negeri kelahirannya, Kedah untuk terlibat dalam ‘pertempuran’ berbeza.
“Kelab Bola Sepak Sabah mengumumkan Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan peranannya sebagai ketua pasukan dan tidak lagi bersama Sabah sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.
“Keputusan diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sabah kenyataan tersebut.
Terdapat laporan mengatakan Baddrol pulang ke Kedah bukan menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, sebaliknya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai legenda di Arena sola sepak Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.