Pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali didakwa pukul, rosakkan telefon bimbit teman wanita

Bekas pemain kebangsaan, Rizal Ghazali hadir ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Rizal Ghazali didakwa pukul, rosakkan telefon bimbit teman wanita

Petaling Jaya: Pemain pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitanya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rizal didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dengan memukul wanita itu di sebuah bilik hotel di sini, jam 6 pagi, 7 Jun lalu.

Picture
PEMAIN pertahanan Sabah FC, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali (baju biru) bersama peguamnya ketika hadir untuk didakwa atas pertuduhan mencederakan dan merosakkan telefon bimbit teman wanitanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. - UTUSAN/NUZULSHAM SHAMSUDIN

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didapati melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit wanita sama dengan kerugian RM4,500 pada masa dan hari yang sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 dan Seksyen 427 kanun sama memperuntukkan hukuman tiga bulan penjara atau denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Mariam Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh.

Siti Maryam menawarkan jaminan RM7,000 dan syarat tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Picture
Bekas pemain bola sepak kebangsaan mengaku tak bersalah pukul kekasih

Bagaimanapun, Suraj memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu dan bapanya dengan bekerja sebagai pemain bola sepak serta memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Majistret kemudian membenarkan jaminan RM3,500 serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan manakala sebutan semula ditetapkan 24 Ogos ini.

Tertuduh yang hadir di mahkamah hari ini, memakai baju biru dan seluar jeans kelihatan tenang ditemani rakan sepasukannya, Baddrol Bakhtiar.

Pada 7 Jun lalu, polis menahan pemain berkenaan pada serbuan di sebuah hotel di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya itu menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa, selain suspek didapati merosakkan telefon bimbit mangsa.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka, baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor mendedahkan perkara itu kepada umum.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.