Steven Gerard kini pengurus Al Ettifaq
LONDON – Bekas legenda Liverpool, Steven Gerrard kini muncul menjadi nama besar bola sepak terbaharu yang berpindah ke Liga Pro Saudi selepas dia dilantik sebagai pengurus Al Ettifaq.ESPN melaporkan bahawa pengurus berusia 43 tahun itu telah menyambung kembali perbincangan dengan kelab selepas pada mulanya menolak tawaran untuk menyertai mereka bulan lalu.
Bekas kapten Liverpool itu yang dipecat oleh Aston Villa pada November tahun selepas kurang daripada 12 bulan di Villa Park kini akan mengendalikan kelab yang berpangkalan di Dammam itu.
“Tempat di mana legenda ditemui. Kami sangat teruja untuk mengumumkan Steven Gerrard adalah ketua jurulatih baharu kami.
“Dia bukan orang asing dengan piala. Seorang Lagenda yang membawa sejarah gemilang dan masa depan yang menarik kepada Ettifaq,” tulis Al-Ettifaq di Twitter.
Sementara itu, presiden kelab itu, Khalid Al-Dabal meluahkan rasa gembira selepas Gerrard menandatangani perjanjian dua tahun.
Al Ettifaq tidak mempunyai pengurus tetap sejak jurulatih Perancis, Patrice Carteron meninggalkan jawatannya di kelab itu pada Februari.
Musim lalu, kelab itu menduduki tempat ketujuh dalam 16 pasukan beraksi dalam Liga Pro musim lalu.
Mereka mengumpul 35 mata di belakang juara musim lalu, Al Ittihad yang kemudian telah menambah penyerang Real Madrid Karim Benzema ke dalam skuad mereka.
Gerrard yang membimbing Rangers merangkul kejuaraan Scotland pertama mereka dalam tempoh 10 tahun pada 2021 telah dikaitkan dengan kekosongan pengurus di Leicester City dan Leeds United.
Kedua-dua pasukan itu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Bekas kapten England, Steven Gerrard kini menyertai nama nama berprofil tinggi yang baru-baru ini berpindah ke Arab Saudi, termasuk Benzema, Cristiano Ronaldo dan N’Golo Kante. – Agensi
SOURCE: MG
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.