CRISTIANO Ronaldo dilaporkan membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi.

Menurut laporan Dailypost, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.
Terdahulu, Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi itu pada Januari selepas mempunyai isu dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo mencuba nasib untuk kembali ke Real Madrid.

Picture
Cristiano Ronaldo menandatangani perjanjian dua tahun dengan Al-Nassr tetapi menjadi semakin kecewa (Imej: Getty)

Bagaimanapun, Perez menghalang pemain itu kembali ke Bernabeu. Namun, dia kini ditawarkan kembali ke kelab itu tetapi bukan berperanan sebagai pemain.

Sebaliknya, laporan itu mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut.

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola