Sabah FC rancak mengikat pemain-pemain yang pernah berstatus bintang.

Muhammad Jafri Firdaus Chew sah menyertai Sabah FC bagi musim 2023

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Jafri kembali berguru bersama Kim Swee

BEKAS pemain Harimau Muda B yang membantu pasukan meraih kutipan pingat Perak Sukan SEA 2017, Muhammad Jafri Firdaus Chew sah menyertai Sabah FC bagi musim 2023.

Picture
Nama Jafri bukan lagi satu rahsia dalam kalangan peminat apabila pernah mendapat tunjuk ajar pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee semasa menjadi bos Harimau Muda sebelum ini.

Pemain kelahiran Bagan, Pulau Pinang itu sebelum ini memulakan karier bersama Harimau Muda B sejak 2013 sebelum bersama Harimau Kumbang selama dua musim iaitu pada 2016 dan 2017.

Selepas bersama Penang FC, pemain berusia 25 tahun itu bertukar angin ke kelab Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada musim 2018-2019 dan Kedah Darul Aman FC (2019-2020).

Pernah berdepan detik hitam sewaktu bersama Kedah, Jafri mengalami kecederaan semasa berdepan PJ City dalam satu perlawanan persahabatan menyebabkan dia dilepaskan oleh kelab Utara tanah air itu.

Kecederaan bukanlah penghalang karier buat Jafri apabila dia kembali menempatkan diri bersama Harimau Kumbang musim 2021 sehingga kini.

Picture
Foto: Ihsan Penang FC

Pemain berketinggian 1.75 meter itu juga bukan hanya boleh bermain sebagai penyerang, malah dia juga beralih arah bertukar ke posisi pertahanan kanan bersama Penang FC pada musim ini.

Kehadirannya dalam keluarga The Rhinos musim depan sebagaimana diumumkan secara rasmi sabah FC, Jafri dilihat mampu dijadikan pilihan kedua seandainya, penyerang baharu Darren Lok berdepan kecederaan mahu pun penggantungan perlawanan.

Penyertaan Jafri bersama Sabah FC juga dilihat pentas terbaik buat bekas pemain Harimau Muda B ini kembali menggegarkan pentas Liga Malaysia (Liga-M) digembelingkan dengan kepakaran serta pengalaman Kim Swee yang sememangnya memiliki aura menggilap kembali bintang.

SOURCE: Flash Sukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.