Wilkin, Darren Lok ‘pikat’ pasukan Liga Utama Thailand
Madam Pang ‘idam’ Stuart Wilkin dan Darren Lok di Port FC
PENGERUSI kelab Port FC, Nualphan Lamsam mengidamkan tonggak tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin untuk beraksi bersama kelabnya di Thailand.
Madam Pang
Lebih mesra dengan panggilan Madam Pang dikalangan peminat bola sepak Thailand, prestasi cemerlang Wilkin nyata menarik minatnya dan mengimpikan khidmatnya beraam Port FC.
“Kami juga memantau beberapa pemain Malaysia yang beraksi dalam kejohanan Piala AFF kali ini, saya hargai ketua pasukan Harimau Malaya (Safawi Rasid) yang bermain di Liga Thai bersama kelab Ratchaburi FC.
“Begitu juga Dion Cool (Buriram United), ada ramai pemain bagus, saya lihat perlawanan terakhir (menentang Singapura) pemain nombor 8 (Stuart Wilkin) yang menjaringkan dua gol menentang Singapura.
“Begitu juga nombor sembilan (Darren Lok) kerjasama yang bagus,” kongsinya yang juga merupakan pengurus pasukan Thailand ketika sidang media pada Sabtu.
Darren Lok
Port FC kini berada dikedudukan ketujuh dari 15 pasukan dalam saingan Liga Thailand mengumpul 22 mata hasil lima kemenangan, tujuh seri dan tiga kekalahan.
Prestasi Wilkin dalam kempen Piala AFF 2022 nyata memberangsangkan apabila bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT) ini meledak dua gol membantu kemenangan Harimau Malaya mengatasi Singapura 4-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B, Selasa lalu.
Wilkin dan Darren Lok yang kini sah menyertai Sabah FC memberikan impak yang ketara buat skuad bimbingan Kim Pan-gon bersama rakan sepasukan memburu gelaran kejuaraan Piala AFF kali kedua selepas menjulang pada 2010.
Beberapa pemain dalam saingan Liga Malaysia turut melebarkan sayap bermain di negara Gajah Perang itu antaranya Dominic Tan (Police Tero FC), Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima), Junior Eldstar (PT Prachuap) dan Zafuan Azeman (Uthai Thani).
SOURCE: Flash Sukan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.