Dari Utara Ke Borneo, Jafri Chew Kini Pemain Terbaharu Sabah

Reunion skuad B23 negara. Sabah FC difahamkan turut menandatangani Jafri Firdaus Chew, utility player yang kembali menyerlah selepas bertukar posisi dari penyerang ke pertahanan kanan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Rasmi!. Jafri Firdaus Chew diumumkan sebagai pemain baru Sabah FC. 🎯

Bekas pemain Harimau Muda, Jafri Chew kini sah akan bersama Sabah pada musim hadapan selepas diumumkan sebagai rekrut baharu di media sosial milik mereka.

Picture
Bekas pemain Penang ini pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan selepas tersebar beliau tidak akan bersama Harimau Kumbang dan hari ini ia mengesahkan yang dirinya akan bermain bersama Sang Badak.

Dari Utara terus terbang ke Borneo untuk pasukan baharu dan ini juga merupakan pertemuan semula bersama Datuk Ong Kim Swee apabila sebelum ini beliau pernah bermain di bawah kendalian jurulatih tersebut ketika mewakili skuad muda Malaysia.

Jika musim ini pemain kelahiran Pulau Pinang ini lebih banyak bermain di posisi pertahanan kanan, apakah di Sabah nanti beliau akan terus diberi peranan yang sama?

Ketika ini, posisi tersebut adalah milik Rizal Ghazali. Prestasi Rizal juga begitu konsisten bermain bersama Sabah musim ini.

Ini kerana posisi awal beliau adalah penyerang dan ketika bermain dibawah kendalian Kim Swee, prestasi beliau begitu baik.

Apakah Kim Swee mempunyai ramuan terbaik untuk kembalikan prestsi terbaik Jafri selaku penggempur berbisa? Sebelum ini, Sabah sudah menandatangani penyerang kebangsaan, Darren Lok bagi menguatkan pasukan mereka.

Kehadiran Jafri ke dalam skuad kendalian Kim Swee sudah pasti memberi pilihan lebih banyak buat beliau selepas Sabah menghahadapi masalah kritikal di bahagian serangan musim ini.

Sewaktu bersama Penang, Jafri kurang mendapat minit permainan selaku penyerang dan terpaksa memilih posisi baharu bagi membolehkan dirinya lebih kerap diturunkan.

Hasil perbincangan bersama jurulatih ketika itu Datuk Zainal Abidin Hassan, beliau setuju bermain di posisi bertahanan kanan.

Prestasi yang diberikan begitu baik menyebabkan Zainal terus mengekalkan beliau di posisi tersebut sehingga perlawanan terakhir musim ini untuk Penang.

SOURCE: semuanyabola.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.