KAPTEN Sri Pahang FC, Muslim Ahmad (kanan) mengasak pemain Sabah FC, Saddil Ramdani pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Makmur. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Sabah terus cerahkan peluang layak ke Piala AFC
Sabah terpaksa menunggu sehingga minit akhir permainan sebelum mengesahkan kemenangan untuk menewaskan Sri Pahang 2-1 sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk ke Piala AFC musim hadapan.
Liga Super: Sabah Beri Harapan Palsu Buat Sri Pahang, Bangkit Di Minit Akhir Perlawanan
Perlawanan yang berlangsung dengan penuh dramatik apabila kesemua jaringan terhasil di minit akhir akhir perlawanan.
Sabah turun dalam misi mencari tiga mata penting telah melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utama untuk menguatkan lagi pasukan mereka.
Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat Sri Pahang apabila menguasai permainan di separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang berbahaya.
Pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo antara pemain paling mencuri tumpuan sepanjang 45 minit awal selepas berjaya melakukan beberapa gerakan terbaik dan mencipta peluang untuk rakan sepasukan.
Sabah yang sekali sekala mengatur serangan mempunyai peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-14 namun percubaan Stuart Wilkin di tempis keluar oleh penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.
Sri Pahang terus menekan barisan pertahanan Sabah dan lorongan cantik dari Hidalgo kepada Steven Rodriguez hampir memberi gol awal buat tuan rumah namun Khairul Fahmi lebih pantas untuk keluar menangkap hantaran tersebut.
Sri Pahang berjaya membuka jaringan gol awal dari Rodriguez dengan satu sepakan voli cantik namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana pemain Sri Pahang dikesan terlebih berada dalam kedudukan ofsaid.
Tuan rumah sekali lagi mempunyai peluang apabila hantaran dari rakan sepasukan hampir membuatkan Rodriguez menjaringkan gol pada minit ke-29 namun tandukan beliau sedikti tersasar.
Setengah jam permainan, anak-anak buah Dato’ Dollah Salleh lebih menguasai permainan sementara Sabah terpaksa bermain sedikit bertahan untuk menyerap asakan demi asakan dari pemain Sri Pahang.
Hidalgo terus mempamerkan kreativiti dalam gerakan dan beberapa percubaan bahaya termasuk rembatan deras beliau dari luar kotak penalti pada minit ke-38 hampir menewaskan penjaga gol Sabah.
Selang dua minit kemudian, Sabah memiliki peluang keemasan sekali lagi menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar tetapi Samassa bertindak cemerlang menafikannya.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Hidalgo sekali lagi melakukan percubaan bahaya dari luar kotak namun rembatan melalui kaki kiri beliau berjaya di tempis keluar oleh Fahmi.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menukar corak permainan dan meningkatkan intensiti permainan lebih pantas berbanding separuh masa pertama.
Sepakan percuma dari Saddil Ramdani pada minit ke-57 hampir-hampir terjah jaring namun sekali lagi Samassa menjadi penghalang.
Kedua-dua pasukan terus mempamerkan permainan pantas untuk mendapatkan jaringan awal dan pujian harus diberikan kepada penjaga gol masing-masing selepas berjaya bertindak cemerlang sepanjang 70 minit permainan.
Sabah yang terdesak dalam mendapatkan jaringan terus melakukan serangan pantas dan beberapa gerakan dari kiri dan kanan namun penyudah di hadapan masih lagi tumpul.
Dalam satu serangan pantas oleh Sabah, ketika situasi empat lawan dua hampir membuahkan hasil namun peluang itu dipersiakan oleh Taiki Kagayama selepas melepaskan rembatan lemah.
Ketika Sabah dalam fasa menyerang, Sri Pahang melakukan serangan balas pantas dan akhirnya Rodriguez akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-84.
Sabah yang tertekan terus melakukan pelbagai gerakan untuk mencari gol penyamaan bagi menghidupkan peluang memburu tempat terbaik.86' GOL | Sri Pahang memperolehi gol pendahuluan hasil Steven Rodriguez!@OfficialPahang 1-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/IHG7VxDnkN
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 11, 2022
Dua minit sebelum tamat masa sebenar, gol penyamaan yang dicari akhirnya menjelma selepas pemain bertahanan mereka, Dominic Tan terpaksa naik untuk menjaringkan gol.
90' GOL | Dominic Tan menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan!@OfficialPahang 1-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/IokmVXwaCU
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 11, 2022
Ketika permainan hampir ke masa penamat, satu hantaran cantik dari rakan sepasukan ke dalam kotak penalti berjaya dimanfaatkan oleh Park Tae-su untuk membolehkan Sabah mendahului permainan.
Jaringan minit akhir ini memastikan Sabah memenangi tiga mata penting dan sekali lagi berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa di hujung permainan.90+2' GOL | Park Tae-su meletakkan Sabah FC di hadapan! @OfficialPahang 1-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/vpoXFh67bU
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 11, 2022
SOURCE: semuanyabola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.