Senarai Hartawan Asia miliki kelab bola sepak Eropah

Senarai Hartawan Asia miliki kelab bola sepak Eropah

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Bola sepak adalah sukan global yang mendapat tempat di hati setiap orang tidak kira muda tua, lelaki atau pun perempuan. Setiap individu mempunyai pasukan kegemaran di liga bola sepak Eropah.

Bagi orang biasa seperti kita minat terhadap pasukan bola sepak Eropah hanya diterjermahkan menerusi jersi-jersi yang dipakai atau melawat ke stadium jika berpeluang bercuti di Eropah.

Namun bagi jutawan-jutawan di Asia mereka mempunyai cara mereka sendiri jika mereka meminati sesuatu kelab bola sepak itu iaitu dengan memiliki kelab bola sepak tersebut. Bukan untuk minat sahaja tetapi ia sebagai perniagaan yang menguntungkan.


Oleh itu, kali ini kami ingin menyenaraikan hartawan-hartawan di Asia yang memiliki kelab bola sepak di Eropah termasuklah daripada hartawan daripada Malaysia sendiri.

Cardiff City FC & FK Sarajevo FC – Vincent Tan (Malaysia)

Picture
Sumber foto: walesonline

Kita mulakan senarai ini dengan individu hartawan antara yang paling terkenal dalam masyarakat kita - Tan Sri Vincent Tan. Beliau merupakan antara individu yang berjaya membina empayar perniagaan gergasi, bermula dengan usaha berani dan berisiko membawa masuk francais McDonalds ke Malaysia.

Beliau mula dikenali ramai dalam arena bola sepak setelah membeli kelab Cardiff City dari Wales, yang bermain dalam liga Perdana Inggeris pada tahun 2010. Bagaimanapun, ekoran daripada tindakannya menukar warna rasmi pasukan yang secara tradisinya bergelar 'Bluebirds' daripada biru ke merah, menyebabkan hubungan beliau dengan penyokong agak tegang. Pada tahun 2015, atas desakan peminat - warna rasmi kelab itu kembali kepada warna tradisi mereka.

Selain Cardiff City, Vincent juga merupakan pemilik kepada kelab FK Sarajevo sejak tahun 2013. Tindakan ini membolehkan FK Sarajevo di Bosnia mewujudkan hubungan secara rasmi dengan Cardiff City, mengadakan program latihan dan pertukaran kemahiran serta pengetahuan. Hasilnya, FK Sarajevo kembali berjaya melayakkan diri dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah. Bagaimanapun, setakat ini kelab tersebut gagal melayakkan diri ke dalam liga tersebut mahupun Liga Europa.

Tokoh ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad ini telah membeli kelab divisyen kedua England Cardiff City FC pada tahun 2010 pelaburan Vincent Tan mula menunjukkan hasil apabila pada April 2013 Cardiff City berjaya naik ke Liga Perdana Inggeris. Tidak cukup dengan satu kelab bola sepak, pada Disember tahun sama Vincent Tan telah meluaskan empayarnya apabila menandatangani perjanjian untuk mengambil alih kelab liga bola sepak Bosnia, FK Sarajevo yang dianggarkan bernilai sekitar RM6.6 juta.

Queen's Park Rangers FC – Tony Fernandes (Malaysia)

Picture
Sumber foto: espn

Antara individu hartawan paling terkenal di Malaysia, Tony Fernandes lebih dikenali sebagai pengasas kepada sistem penerbangan tambang murah Air Asia yang membolehkan semua orang terbang. Bagaimanapun, bagi peminat bola sepak England, beliau adalah pemilik bersama kepada kelab Queens Park Rangers atau QPR yang mempunyai nasib turun naik selepas dibeli Tony.

Pada tahun 2011, Tony Fernandes berjaya membeli 66% kepentingan saham dalam kelab tersebut, membolehkan dia menjadi pemilik berkuasa majoriti dalam segala urusan pentadbiran kelab itu. Pada 2018, Tony bertindak meletak jawatan sebegai pengerusi kelab tersebut sebelum menyerahkannya kepada seorang individu lain. Tune Group menjadi pemegang saham terbesar kelab tersebut, dengan kadar 55% dan Tony bertindak sebagai pemilik bersama.

Beberapa rancangan untuk membina sebuah stadium baru bagi menggantikan stadium QPR sedia ada, berdepan sekatan selepas pihak perbandaran London menyekat rancangan mereka - atas dakwaan kumpulan pemilik QPR cuba mendapatkan tanah premium pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia ini merupakan salah seorang peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Ini kerana sebelum beliau membeli QPR, dia pernah dikaitkan mahu membeli kelab West Ham United, Tony bagaimanapun mengambil keputusan untuk membeli QPR pada tahun 2011 harga £35 juta (RM150 juta) iaitu sebanyak 66 peratus saham yang mana baki saham QPR dimiliki oleh jutawan besi dari India, Lakshmi Mittal dan menantunya. Menurut Tony, beliau membeli QPR untuk menjadikan sebagai platform untuk mempromosikan syarikat penerbangannya AirAsia.

Inter Milan FC – Erick Thohir (Indonesia)

Picture
Sumber foto: blogbuletin

Hartawan paling muda dalam senarai ini, Erick Thohir menjana harta menerusi karier beliau sebagai seorang ahli perniagaan media, mewarisi kepintaran ayahnya dalam bidang perniagaan. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1993 sebelum menyertai konglomerat keluarganya TNT Group - membantu membuka PT Mahakam Media mensasarkan perniagaan pelbagai bentuk media seperti surat khabar, televisyen, radio dan pengiklanan.

Pada tahun 2013, Erick dilaporkan sedang dalam perbincangan bagi membeli 70% pegangan dalam kelab Inter Milan dan tawarannya itu diterima, membolehkan Erick menjadi pemilik utama kelab gergasi Itali itu. Pada tahun 2016, Erick bertindak melepaskan sedikit pegangannya kepada syarikat elektronik dari China, bernama Suning dengan baki 30% terus dipegang.

Awal tahun 2019, Thohir dilaporkan menjual pegangan sahamnya kepada sebuah firma kewangan dari Hong Kong bagi membolehkan dia menumpukan perhatian kepada pelaburan baru beliau sebagai salah seorang pemilik kelab divisyen tiga England, Oxford United. Selepas rakan karibnya Anindya Bakrie turut sama disenaraikan ke dalam senarai pemegang saham kelab tersebut - jelas sekali mereka berdua mempunyai rancangan besar mahu menjadikan kelab berusia 125 tahun itu sebagai rakan kerjasama bola sepak Indonesia.

Pada November 2013, selepas 2 bulan perbincangan, seorang ahli perniagaan tersohor dari Indonesia, Erick Thohir telah membeli 70 peratus saham kelab bola sepak gergasi Itali dari Massimo Moratti, Inter Milan FC bernilai £25 juta sekitar (RM103 juta). Selain Inter Milan, Thohir juga merupakan pemilik kelab bola keranjang di Amerika Syarikat Philadelphia 76ers dan juga kelab bola sepak liga Amerika Syarikat MLS, D.C United.

Valencia CF – Peter Lim (Singapura)

Picture
Coach Marcelino dan Peter Lim

Anak seorang penjual ikan yang meminati kelab Manchester United, Peter Lim merupakan seorang hartawan dari Singapura yang menyimpan impian untuk memiliki sendiri sebuah kelab bola sepak Eropah. Impian beliau tercapai setelah bidaannya pada tahun 2014 membolehkan dia menjadi pemegang saham terbesar kelab Sepanyol, Valencia CF yang pada ketika itu dibebani masalah hutang.

Ekoran daripada suntikan kewangan daripada pemilik baru, Valencia berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, berikutan usaha untuk mendapatkan kembali pelaburan yang dilakukan dalam membayar hutang serta syarat UEFA dalam menyeimbangkan akaun kelab, memaksa Valencia terus menjual pemain-pemain bintang mereka setiap tahun.

Peter Lim sering dikritik kerana kerap masuk campur dalam urusan pentadbiran kelab milik beliau, meletakkan individu seperti Chan Lay Hoon sebagai presiden kelab tersebut yang akhirnya dilihat tidak berhasil. Pada ketika artikel ini ditulis, Peter sedang berdepan tunjuk perasaan penyokong Valencia membantah pemecatan bekas jurulatih mereka yang telah pun menunjukkan prestasi yang baik.

Taikun hartanah Peter Lim dari Singapura ini telah menjadi satu-satunya rakyat Singapura yang memiliki kelab bola sepak liga Sepanyol, La Liga Valencia CF bernilai £420 juta sekitar (RM1.7 billion).

Leicester City FC – Vichai Srivaddanaprabha (Thailand)

Picture
Sumber foto: leicestermercury

Nama sebenar Vichai Srivaddhanaprabha adalah Vichai Raksriaksor, tetapi namanya ditukar selepas Raja Thailand menganugerahkan nama itu kepada beliau pada tahun 2012, membawa makna 'cahaya yang membawa kegemilangan.' Latar belakang beliau adalah sangat sederhana - memulakan karier perniagaan di Hong Kong sebelum kembali ke Thailand bagi membuka sebuah kedai kraf yang menghasilkan produk-produk kraf pertama tempatan yang berjaya dijual di lapangan terbang antarabangsa di negara tersebut.

Kejayaan itu membolehkan beliau menubuhkan empayar perniagaan yang dinamakan King Power Group, mungkin sebagai penghormatan pada Raja Thailand - mula melebarkan perniagaan kepada pengurusan teater, restoran, hotel dan penerbangan. Pada tahun 2010, King Power Group mengambil alih kelab Leicester City yang ketika itu baru melayakkan diri ke dalam divisyen dua England, melakukan banyak pelaburan yang bijak sehingga membolehkan Leicester City kembali ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014.

Pada musim 2015-2016, kelab tersebut mencatatkan sejarah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Dihormati penyokong dan pegawai pasukan atas sumbangannya, malangnya Vichai terkorban dalam nahas kemalangan - selepas helikopter beliau yang baru berlepas dari stadium terbabas dan meletup pada 27 Oktober 2018.

Taikun peruncit bebas cukai King Power Free Duty, Thailand, Cichai Srivaddanaprabha ini telah membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Leicester City FC pada tahun 2010 dengan jumlah pembelian yang dirahsiakan.

Kelab ini sedang meraikan kejayaan mereka dalam saingan liga musim ini termasuk sudah layak ke saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Vichai Srivaddhanaprabha, seorang bilionair dari Thailand telah memainkan peranan besar dalam membantu kejayaan kelab itu selepas menjadi pemegang saham utama pada 2011, ketika mereka masih beraksi dalam saingan Championship.

Manchester City FC – Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan (Qatar)

Picture
Sumber foto: pixgood

Billionaire dari Qatar ini telah mengambil alih kelab juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City daripada bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra pada tahun 2008 dengan pembelian bernilai £200 juta sekitar (RM820 juta). Sejak itu Sheikh Mansour telah melabur ratusan juta euro bagi membeli pemain-pemain terkenal dunia sehingga Manchester City berjaya merangkul trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2011/12.

Paris Saint-Germain FC – Nasser Al-Khelaifi (Qatar)

Picture
Sumber foto: beinsports

Pemilik stesen televisyen sukan beIN Media Group yang juga merupakan bekas pemain tenis profesional ini telah membeli pasukan liga utama Jerman Ligue 1 Paris Saint-Germain FC pada tahun 2011. Dengan mempunyai dana yang besar, PSG mula mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia apabila mereka berjaya menandatangani pemain-pemain terhebat dunia antaranya David Beckham, Zlatan Ibrahimovic, Edinson Cavani dan Thiago Silva.

Blackburn Rovers FC – Anuradha Desai, Venkatesh Rao & Balaji Rao (India)

Picture
Sumber foto: TheSun

Usahawan makanan berasaskan ayam dari India, Venky's London Limited ini telah mengambil alih pasukan Blackburn Rovers FC pada tahun 2010 dengan pembelian saham sebanyak 99.9 peratus iaitu sebanyak £23 juta sekitar (RM94.3 juta).

Fulham FC – Shahid Khan (Pakistan)

Picture
Sumber foto: theguardian

Usahawan automotif berasal dari Pakistan-Amerika ini telah membeli Fulham FC daripada Al Fayed pada tahun 2013 dengan jumlah yang tidak didedahkan. Namun rata-rata media barat menggangarkan nilai pembelian kelab itu diantara £150 juta - £200 sekitar (RM615 juta – RM820 juta). Selain kelab bola sepak, Shahid juga memiliki kelab 'football' Amerika, Jacksonville Jaguars.

Birmingham City FC – Carson Yeung (Hong Kong)

Picture
Sumber foto: BBC

Ahli perniagaan daripada Hong Kong, Carson Yeung ini mula membeli saham Birmingham City FC pada tahun 2007 tetapi hanya 30 peratus sahaja. Namun pada tahun 2009 Carson menerusi syarikatnya Grandtop International Holdings Ltd kemudian telah meningkatkan sahamnya kepada 94 peratus dengan nilai yang dianggarkan sebanyank £57 juta sekitar (RM233 juta).

Sheffield United FC – Abdullah bin Musa'ed bin Abdulaziz Al Saud (Arab Saudi)

Picture
Sumber foto: dailymail

Putera Raja Arab Saudi, Abdullah bin Musa'ed bin Abdulaziz Al Saud merupakan pemilik bersama Kevin McCabe dimana dia membeli sebanyak 50 peratus saham pada tahun 2013. Tujuan dia membeli pasukan tersebut kerana mahu Sheffield United beraksi di liga peringkat tertinggi.

FC Bari 1908 – Noordin Ahmad (Malaysia)

Picture
Sumber foto: dailymail

Terbaru, bilionair dari Malaysia, Noordin Ahmad telah membeli 50% saham dalam kelab FC Bari 1908 yang beraksi dalam saingan Serie B.

Beliau telah membelanjakan 12 juta Euro dan bakal menubuhkan akademi bola sepak di Malaysia untuk membantu membangunkan bakat muda ke peringkat antarabangsa. is also the CEO of the club.

Sheffield Wednesday FC – Dejphon Chansiri (Thailand)

Picture
Sumber foto: dailymail

Sebuah lagi kelab Championship yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari Thailand, Dejphon Chansiri – Sheffield Wednesday.

Picture
Bilionair dari Thailand ini merupakan taikun industri perikanan telah membelanjakan sejumlah 37.5 juta Pound pada 2015 untuk menjadi pemilik kelab.

Reading FC – Narin Niruttinanon (Thailand)

Picture
Sumber foto: dailymail

Beberapa ahli pernigaan Thailand lain termasuk Narin Niruttianon cuba untuk memperluaskan pengaruh mereka bola sepak Inggeris.

Picture
Pada 2014, Narin yang juga merupakan anak kepada Cheng Niruttinanon membelanjakan 26 juta Pound bagi membeli 50% pegangan saham dalam kelab tersebut.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.