Bekas Kapten Sabah FA Reithudin Emran akan balas kepercayaan pasukan setelah diserap kembali dalam skuad

Bekas Kapten Sabah FA Reithudin Emran akan balas kepercayaan pasukan setelah diserap kembali dalam skuad

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



PERTAHANAN Sabah, Reithudin Emran bertekad akan membalas semula kepercayaan pasukan terhadapnya dengan mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan musim sini.

Pemain berusia 36 tahun yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan itu menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menyenaraikannya semula dalam skuad utama musim ini sebagai satu tanggungjawab besar baginya.

“Selepas selesai mengharungi Liga FAM bersama dengan Cebagoo FC musim lalu, saya memang teringin kembali beraksi untuk Sabah dan akhirnya saya diberi peluang itu.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan saya berjanji akan membalasnya dengan aksi terbaik musim ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, petang tadi.

Reithudin yang digelar ‘orang besi’ oleh segelintir peminat turut menyatakan, azamnya musim ini sama seperti pemain lain iaitu membantu pasukan kembali semula ke persada Liga Super.

“Saya juga meminta semua pemain untuk bekerja lebih gigih sebagai satu pasukan bagi mencapai hasrat berkenaan,” katanya.

Pada musim lalu, Reithudin tidak disenaraikan dalam skuad utama Sabah namun diserapkan ke dalam pasukan Cebagoo FC yang mewakili Sabah dalam Liga FAM.


Ketika beraksi bersama Cebagoo FC, beliau memainkan peranan penting di bahagian pertahanan selain turut dipilih sebagai kapten pasukan.

Walaupun dianggap sebagai pemain paling berusia dalam pasukan, Reithudin dilihat tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam pasukan apabila mempamerkan aksi memberangsangkan pada setiap perlawanan pra musim, baru-baru ini.

Reithudin dipercayai bakal mengetuai bahagian pertahanan Sabah musim ini dengan dibantu pemain import, Pocuca Predrag.

Bagaimanapun, perkara itu masih belum disahkan Ketua Jurulatih, Milomir Seslija yang masih enggan mendedahkan kesebelasan utama pasukan, namun berkata senarai pemain itu sudah berada dalam fikirannya.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.