Gigih Jalani Pemulihan Kanser, Semangat Brendan Gan Layak Dijadikan Contoh

Picture
Semangat yang harus dicontohi. Ayuh laung sokongan buat Brendan Gan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Kemunculan Brendan Gan Dalam Sesi Latihan Beri Petanda Positif

Dalam satu hantaran di laman rasmi pasukan Selangor FC hari ini memaparkan kemunculan kapten pasukan, Brendan Gan kini mengembalikan semula kegembiraan para penyokong yang sudah lama merindui akan aksi pemain tersebut di atas padang.

Sebelum ini, pemain berusia 33 tahun itu terpaksa disisihkan oleh pasukan selepas beliau disahkan menghidap kanser yang menyebabkan beliau perlu menjalani rawatan pemulihan.


Sungguhpun begitu, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh jeneral tengah Harimau Malaya ini untuk terus kembali ke tahap terbaiknya sekaligus membuka peluang untuk beraksi kembali.

Beliau dilihat gigih melakukan rawatan pemulihan yang dikendalikan oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor dalam usaha untuk memastikan pemain ini dapat semula beraksi bersama pasukan.

Namun begitu, apa yang lebih menggembirakan para penyokong adalah dengan melihat kelibat beliau yang turut serta bersama pasukan menjalani sesi latihan terakhir sebelum bersambungnya perlawanan Piala Malaysia yang ditangguhkan untuk memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.


Brendan dilihat sedang tekun mendengar arahan daripada barisan kejurulatihan pasukan Selangor yang sedang berusaha sebaik mungkin untuk membuat persiapan yang bakal turun menetang Kuching City FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu.

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini juga kelihatan bersemangat sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’ ke arah kamera.

Walaupun status kecergasan beliau masih tid dapat dipastikan, namun hantaran tersebut disertakan dengan tanda pagar yang menunjukkan bahawa beliau masih dalam proses untuk cergas sepenuhnya. ini pastinya memberi petanda positif terutamanya buat persediaan pasukan kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF Disember ini.


Pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan seperti yang diketahui menghidap kanser testis sekaligus menyebabkan beliau berehat panjang dari aksi bola sepak.


Walaupun diuji dengan dugaan yang berat, namun Brendan tetap optimis dan positif bahawa beliau akan terus mewarnai kancah bola sepak Malaysia.


Brendan, 33 merupakan pemain kacukan Australia-Malaysia dan beliau juga menjadi salah seorang tonggak penting bagi Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Baru-baru ini, Brendan Gan dilihat sudah mula menjalani latihan ringan dengan berimej botak.


Video yang dimuat naik di laman instagram oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor FC, Khairulanwar Md Isa ternyata menampakkan kegigihan pemain itu untuk menjalani pemulihan.


Untuk rekod, Brendan Gan sempat bermain 11 perlawanan untuk pasukan Selangor FC musim ini dan menghasilkan 4 bantuan gol. Perlawanan terakhir beliau adalah pada 15 Jun yang lepas ketika Harimau Malaya menewaskan Thailand 1-0 dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Brendan Gan adalah individu yang pernah bertarung dengan masalah kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali dalam kariernya.

Kecederaan ACL pertamanya ialah pada 2015 ketika mewakili Kelantan dan kecederaan ACL kedua yang ditanggung Brendan adalah ketika menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada tahun 2016.

Lebih memeritkan lagi, segala tanggungan proses pemulihan beliau ketika itu menggunakan duit poket sendiri.


Jatuh dan terus jatuh itu adalah putus asa tetapi tidak bagi Brendan Gan, beliau jatuh dan mahu terus bangkit sesegera mungkin.

Semangat juang tinggi yang dimiliki Brendan Gan layak dicontohi oleh kita semua agar tidak mudah berputus asa walaupun berdepan dengan dugaan yang berat.

SOURCE: Makan Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.