#LigaSuper2022 ๐ธ AKSI PERLAWANAN - LS20 | SABAH FC 4-1 PENANG FC
Sabah belasah Pulau Pinang di Likas
Perubahan taktikal dengan meletakkan Baddrol Bakhtiar di posisi penyerang ternyata membuahkan hasil apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Penang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas.Sabah turun dengan formasi 3-5-2 ternyata ingin memburu kemenangan selepas kalah dua perlawanan terturut-turut dan menjadikan Penang sebagai mangsa mereka untuk mencerahkan peluang merebut slot ke Piala AFC tahun depan.
Permainan bermula dengan intensiti tinggi apabila lima minit awal permainan, kedua-dua pasukan sudah mula mencipta peluang terbaik dan saling berbalas serangan.
Sabah terus menyusun serangan pantas untuk mencari gol dengan beberapa gerakan dari sebelah kiri dan kanan namun ia masih gagal menemui jaringan.
Sabah mempunyai peluang terbaik pada minit ke-19 apabila hantaran cantik dari Farhan Roslan gagal disambut dengan baik oleh rakan sepasukannya.
25 minit permainan berlangsung, skuad kendalian Kim Swee lebih menguasai bola sementara Penang terpaksa bermain sedikit bertahan dan akan menyerang apabila mempunyai kesempatan.
Selang seminit kemudian, Penang mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Azim Rahim namun percubaan deras beliau berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.
Sabah yang bermain laju dalam perlawanan ini menyebabkan pemain Penang terpaksa melakukan beberapa bentensan untuk memastikan gerakan pemain Sabah tidak memasuki kawasan mereka.
Sabah akhirnya berjaya peroleh jaringan pertama pada minit ke-33 selepas hantaran silang dari Alto Linus berjaya di tanduk masuk oleh Baddrol untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.
33' GOL | Tandukan Baddrol Bakhtiar meletakkan tuan rumah di hadapan!@SabahFCofficial 1-0 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/PBPtFY4BQZ
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 7, 2022
Selang dua minit kemudian, Penang sekali lagi mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun Fahmi bertindak cemerlang bagi menafikan percubaan Adib Ra’op.
Beberapa kekasaran yang dilakukan oleh anak buah Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya memakan diri apabila pemain bertahanan mereka, Rafael Vitor dilayangkan kad merah selepas bentesan ke atas Saddil Ramdani dalam situasi satu lawan satu.
Sabah hampir menggandakan kedudukan tetapi tandukan Dominic Tan tersasar biarpun peluang terbuka luas di hadapan gol.
Bersambung babak kedua, Lucas Da Silva hampirkan menewaskan Fahmi namun tandukan itu berjaya ditempis keluar.
Sabah dilihat mengendurkan sedikit permainan mereka sementara Penang terus menekan barisan pertahanan tuan rumah dan mempunyai beberapa peluang terbaik.
Skuad Harimau Kumbang akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas tandukan Adib Abdul Ro’op gagal diselamatkan oleh penjaga Sabah.
Anak-anak buah Kim Swee yang tersentak dengan jaringan itu kembali menyusun permainan untuk memburu gol.
72' GOL | Park Tae-su kembali meletakkan Sabah FC di depan selang dua minit kemudian!@SabahFCofficial 2-1 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/5kXy8qKodd
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 7, 2022
Jaringan Penang hanya mampu bertahan dua minit sahaja apabila Park Tae-su kembali meletakkan Sabah di hadapan selepas hantaran Saddil disambut baik oleh rakan sepasukannya pada minit ke-72.
Skuad Sang Badak terus bernafsu mencari gol dengan mula mengerakan permainan pantas bagi mengelak skrip sama berulang seperti sebentar tadi.
N. Thanabalan hampir memberi jaringan buat pasukan beliau namun palang menafikan tandukannya.
Di kala Penang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan, Saddil terus menutup peluang mereka apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit-79.
80' GOL | Saddil Ramdani menyempurnakan sepakan penalti ini untuk gol ketiga Sabah.@SabahFCofficial 3-1 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/o4dPdT7OW2
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 7, 2022
Dua minit sebelum tamat masa sebenar, sekali lagi berpunca dari bola mati, Stuart Wilkin menambah luka buat Penang apabila menambah jaringan keempat buat tuan rumah selepas hantaran daripada Amri Yahya dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.
Sabah berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat permainan dan kemenangan ini sudah pasti memberi moral untuk anak-anak buah Kim Swee memburu kemenangan selepas ini bagi membolehkan pasukan ini ke Piala AFC.89' GOL | Stuart Wilkin memastikan tiga mata milik Sabah dengan gol keempat.@SabahFCofficial 4-1 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/0arGpEradE
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 7, 2022
SOURCE: semuanyabola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik ๐ https://t.me/Obsesbola