Stadium Sultan Ibrahim kebanggaan terbaharu rakyat Johor
HARI ini, 22 Februari 2020, merupakan hari yang dinantikan peminat bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) apabila stadium kebanggaan mereka dilancarkan secara rasmi.Dicanang sebagai stadium dengan kemudahan bertaraf dunia, tidak hairanlah ramai yang tidak sabar melihat sendiri hasilnya.
Dinamakan Stadium Sultan Ibrahim, upacara pecah tanah dilakukan pada Januari 2016, namun pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.
Gambaran bahagian dalam stadium berkapasiti 40,000 penonton.
Dibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium ini akan menjadi home buat Harimau Selatan, menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Stadium berkenaan akan digunakan oleh pasukan JDT II yang beraksi dalam Liga Premier.
Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar ini juga sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.
Warna rasmi pasukan iaitu merah, biru dan putih dijangka akan menghiasi keseluruhan lokasi stadium dan akan dipancarkan menerusi lampu-lampu LED yang dipasang di luar dan dalam stadium.
Stadium Sultan Ibrahim ketika dalam pembinaan.
Acara perasmian gilang-gemilang akan dilangsungkan malam ini, dengan penghibur antarabangsa, Leona Lewis akan membuat persembahan.
Stadium Sultan Ibrahim akan mula digunakan dalam aksi pembuka tirai perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT menentang juara Piala FA, Kedah pada 28 Februari ini.
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi.
Dengan perasmian itu, JDT akan menggunakan stadium baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula hujung bulan ini dan akan menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super serta merebut Piala Sumbangsih.
Bagi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, jelas teruja tatkala pembukaan stadium baharu JDT itu melakar sejarah buat kelab yang ditransformasi sejak 2013 dan usaha menyasarkan nilai kelab berkenaan akan mencecah RM1 billion dalam tempoh dua tahun.
“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun di luar padang untuk JDT da pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan.
“Selaku sebuah kelab, JDT yang berkembang sejak dari detik transformasi pada 2013. Kini kami berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia yang sering berusaha untuk mencipta penanda aras yang baharu bakal menaikkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa,” kata Tunku Ismail.
Sepanjang pembinaan stadium yang bernilai RM200 juta sejak Januari 2016, Tunku Ismail adalah tonggak utama memainkan peranan penting dengan terbinanya stadium yang dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.
Tunku Ismail sentiasa memantau pembinaan stadium berkenaan dan terbabit secara langsung apabila memastikan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput.
Baginda juga memastikan kepingan cermin di keliling kawasan dalam stadium dirapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang selain meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih keliling luar stadium untuk pencahayaan.
Selain mampu memuatkan kapasiti penonton sejumlah 40,000, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar itu adalah sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang akan menempatkan beberapa fasiliti sukan yang bakal dirancang.
Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang itu turut dilengkapi kemudahan padang jenis ‘zoysian’ dan ia mencapai piawaian yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden dan sistem bunyi yang canggih.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.