Infografik Nilai perpindahan pemain termahal musim panas 2022/2023
Antony pemain termahal musim ini
London: Pemburuan pemain untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini sudah tamat dengan saingan sebenar EPL untuk musim 2022/2023 makin rancak.The Blues yang kini dimiliki pemilik baharu, Todd Boehly secara serius mahu menjadi salah satu pasukan terkuat di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini membelanjakan £245.8 juta (RM1.27 bilion).
Manchester United menjadi kelab kedua mengeluarkan perbelanjaan terbesar apabila membelanjakan £185.3 juta (RM958.39 juta) diikuti West Ham £158.6 juta (RM820.29 juta) di kedudukan ketiga.
CHELSEA muncul kelab paling banyak berbelanja. -FOTO NSTP
Pembelian tertinggi Chelsea diterima oleh Wesley Fofana yang dibeli dari Leicester.
Fofana diikat dengan nilai £69.5 juta (RM359.79 juta) itu menjadi pemain kedua termahal musim ini di belakang Antony yang ditandatangani oleh Manchester United dari Ajax pada 29 Ogos lalu.
Erik ten Hag tampak begitu menginginkan khidmat Antony untuk membantu United bangkit daripada kejatuhan paling buruk musim lalu apabila mengeluarkan perbelanjaan besar iaitu £82 juta (RM424.50juta) dengan nilai tambahan £4.25 juta (RM22.24 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun yang juga pemain sayap Brazil.
Antony mengungguli carta perpindahan pemain termahal musim ini menyertai Ajax pada Februari 2020 dari kelab Serie A Brazil, Sao Paulo dan tampil 80 kali bersama kelab Belanda itu serta meledak 25 gol. Sementara itu Liverpool tampaknya cukup yakin bahawa barisan yang dimiliki mereka musim lalu mampu untuk mencabar kejuaraan liga apabila menjadi kelab paling kurang berbelanja.
LIVERPOOL kelab paling kurang berbelanja musim ini. -FOTO NSTP
Liverpool hanya membelanjakan £73.2j (RM378.88j) dengan pembelian termahal mereka adalah mendapatkan Darwin Nunez yang diikat dari Benfica dengan jumlah perpindahan £64.2 juta (RM332.44 juta) itu berada di carta ketiga pemain termahal musim ini.
Selain Liverpool Everton dan Aston Villa juga mengambil pendekatan untuk mengurangkan pembelian apabila masing-masing hanya membelanjakan £71.5 juta (RM370juta) dan £58.9 juta (RM305.17 juta).
Manakala Leicester adalah pasukan paling sikit berbelanja musim ini apabila hanya mengeluarkan £17 juta (RM88j).
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola