Bergson da Silva disebut-sebut sebagai calon yang sesuai untuk dinaturalisasi
Bergson calon naturalisasi terbaru?
Kuala Lumpur: Ketajamannya di depan gol sememangnya tidak boleh disangkal lagi, malah rekod sejumlah 39 gol sepanjang dua musim ini meletakkan Bergson da Silva antara peledak terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
BERGSON melayan peminatnya selepas tamat final Piala FA. FOTO Bernama
Dua jaringannya dalam aksi final Piala FA bukan saja membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Terengganu FC 3-1, tetapi ia sebenarnya membuka mata peminat tanahair yang mula mendambakan kelibat Bergson sebagai pemain naturalisasi negara.
Di laman sosial, ramai yang mula membandingkan keupayaan Bergson dan Guilherme de Paula di mana, De Paula dilihat satu kegagalan buat skuad negara yang dinaturalisasikan pada tahun lalu.
Penyerang dari Brazil Bergson da Silva menyumbang dua gol sekali gus membantu JDT menamatkan kemarau empat tahun tanpa gelaran Piala FA. (Gambar Bernama)
"Dia inilah yang patut dinatrulsasikan, bukannya De Paula", tulis Rosli Daud di laman sosial Facebook. Zaiful Mzack pula berkata, "Naturalisasikan dia. Dia pun jenis 'gila-gila' dan buat suasana riuh juga," katanya.
"Kalau ini yang dinaturalisasikan barulah berbaloi," kata Harun Mohd.
Sementara itu, Bergson yang ditemui media selepas aksi final Piala FA turut mengakui gembira berada di negara ini, dan cukup selesa dengan suasana dan budaya masyarakat Malaysia.
Namun, beliau menyerahkan tentang masa depannya jika ada usaha daripada pihak-pihak tertentu untuk menawarkan status naturalisasi itu. Saya tak tahu dan tiada siapa pun bercakap mengenai perkara ini (menaturalisasikan dirinya).
"Saya berbangga dengan apa yang saya lakukan di sini…saya suka negara ini, saya suka peminat di sini, di mana semua beri sokongan kepada saya."Tapi saya tak tahu apa yang akan berlaku esok mahupun tahun depan, dan saya hanya mahu teruskan bermain," katanya yang berusia 31 tahun itu.
Untuk rekod, hingga setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga pemain sudah dinaturalisasikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Mohamadou Sumareh, De Paula dan Liridon Krasniqi.
Manakala, beberapa pemain lain turut dinaturalisasikan oleh kelab di Liga Malaysia dan Persatuan Bolasepak Negeri (FA) seperti Lee Tuck dan Sergio Aguero.
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola