Reputasi Gary Steven Robbat semakin berbisa di Sabah

Karier Gary Steven Robbat kembali bersinar selepas menyertai Sabah musim ini.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Gary Tekad Balas Jasa Pasukan Sabah

Karier Gary Steven Robbat kembali bersinar selepas menyertai Sabah musim ini.

Picture
FOTO SABAH FC

Kepercayaan Datuk Ong Kim Swee telah dibalas dengan komitmen terbaik setiap kali diturunkan dalam kesebelasan pemain Sabah.

Mengalami beberapa siri kecederaan jangka panjang sebelum ini, ianya ternyata tidak mematahkan semangat pemain Sabah FC, Gary Steven Robbat untuk kembali bangkit bersama pasukan Sang Badak.

Picture
Terdahulu, Melaka United secara rasmi telah mengumumkan pemain yang berasal dari Kedah itu antara 11 pemain yang tidak dikekalkan dan kembali ke pangkuan Johor DT II sebagai pemain pinjaman.

Ketika bersama Melaka United dalam mengharungi baki saingan Liga-M musim lalu, Gary begitupun tidak dapat beraksi berikutan mengalami kecederaan buku lali.

Dia terpaksa berehat selama tiga hingga empat bulan untuk pulih sepenuhnya.

Picture
Gary jelas sekali terhutang budi dengan pihak pengurusan Sabah yang menandatangani beliau walaupun beliau sangat sinonim dengan kecederaan.

“Walaupun banyak kecederaan yang saya alami, Sabah menerima saya dan saya bertekad untuk membalas kepercayaan mereka,” kata Gary.

Picture
Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan ‘Emas’ Di Sabah

“Saya telah diberi banyak peluang untuk bermain. Pasukan pasti boleh bergantung kepada saya. Jadi apa jua peluang yang saya dapat, saya berhasrat untuk memanfaatkannya sepenuhnya.

“Setiap perlawanan adalah perlawanan besar bagi saya. Apa yang penting bagi kami adalah berjuang sebagai satu pasukan.



Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini merupakan pemain yang baru berhijrah ke Sabah pada awal musim ini dari kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Gary kini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di segenap ruang padang untuk melakukan kerja-kerja beliau sebagai seorang pemain berposisi nombor Dua Puluh (20).

Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di mana-mana tidak kira atas, bawah, tengah, kiri mahupun kanan dengan satu tujuan utama iaitu untuk mendapatkan bola.

Selain itu, hantaran-hantaran tepat dari beliau juga membolehkan Sabah menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dan kadang kala beliau juga mempamerkan kreativiti dengan melakukan hantaran lolos yang memerangkap pihak lawan.


Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan.

Sabah kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan. Mereka dibezakan 7 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).


Adakah faktor Datuk Ong Kim Swee yang menjadikan Gary kembali mendapat sentuhan emas? Semestinya ia menjadi salah faktor yang terpenting kerana Ong Kim Swee sendiri mengenali pemain ini semasa beliau mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini.

Gary sememangnya merupakan antara pemain tengah terbaik yang Malaysia miliki dan beliau juga pernah dihantar berlatih bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund pada tahun 2015 sebelum melalui karier berliku gara-gara kecederaan yang kerap menghantui beliau.

Sehingga kini, Gary sudah mengumpul empat kaps bersama pasukan kebangsaan. Jika prestasi beliau dapat dikekalkan ataupun mungkin dipertingkatkan lagi, semestinya nama beliau bakal menjadi sasaran Kim Pan-gon untuk menyarung semula jersi keramat Harimau Malaya.

SOURCE: MB

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.