TMJ Simpan Hasrat Bertemu Cristiano Ronaldo Di Manchester

Picture
INSTAGRAM: @HRHCROWNPRINCEOFJOHOR

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini ada menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.


Dalam satu temu bual Tunku bersama wartawan Cakap Sukan, TMJ menzahirkan rasa teruja dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang kembali semula untuk menabur bakti di Manchester United. Bagi TMJ keputusan Ronaldo itu seolah-olah mengimbau kembali zaman remaja baginda.

“Beliau buat saya rasa teruja seolah-olah saya di zaman remaja kerana saya sokong Manchester United sejak kecil. Sejak zaman lagenda Eric Contona dan seterusnya.”


Tunku Ismail juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Ronaldo. Melalui satu kiriman mesej di Instagram, TMJ menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan syabas kepada Cristiano Ronaldo. Mesej itu turut disambut baik Ronaldo.

“Saya baru sahaja menghubungi beliau. Saya ada mesejnya di Instagram masa dia menjaringkan gol pertama ketika debutnya. Saya kata “Well done Cristiano, happy for you”, dan beli au cakap “Thank you, bro.”

Bukan itu sahaja, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim ini juga menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ronaldo jika beliau ke Manchester nanti.


“Saya mesej dan cakap benda macamtu sahaja. Jadi insyaAllah saya akan berjumpa dengan beliau bila saya ke Manchester United nanti.”

Kita sedia maklum bahawa hubungan baik antara TMJ dan Cristiano Ronaldo adalah sejak dari dahulu lagi. Mereka juga sebelum ini beberapa kali pernah berjumpa ketika mana TMJ hadir membuat lawatan di eropah.

SOURCE: MAKAN BOLA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.