Aksi Tak Reti Penat Skuad Wanita Malaysia Musnahkan Impian Palestin Raih 3 Mata

Picture
Foto Channel Astro Arena

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Malayan Tigress raih 3 mata

Pasukan bola sepak wanita negara berjaya memberikan saingan yang cukup sengit kepada tuan rumah, Palestin dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2022 yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini sebentar tadi.


Perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk mencari gol awal. Namun begitu, Malaysia kelihatan lebih dominan untuk mengawal tempo perlawanan sambil mengatur gerak ke kubu lawan.

Picture
PEMAIN Malaysia meraikan jaringan pertama mereka ketika menentang Palestin di Stadium Faisal Al Husseini, Tebing Barat hari ini. - IHSAN AFC
Serangan berterusan pasukan negara menerusi gerakan satu dua yang berjaya dicipta dalam kawasan Palestin hampir membuahkan hasil apabila Hendrietta melakukan satu percubaan jauh sedikit tersasar.



Tidak berakhir di situ, hantaran-hantaran jauh yang dimulakan oleh barisan pertahanan terutamanya menerusi kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur yang sering melakukan hantaran jauh untuk mencari barisan serangan negara.

Picture
Kelayakan Piala Asia Wanita 2022: Malaysia Raih Kemenangan Pertama
Selain itu, dominasi jentera tengah pasukan yang diketuai oleh Andrea Lee yang mempamerkan persembahan luar biasa pada separuh masa pertama yang sering turun naik untuk memberi keseimbangan buat pasukan Jacop Joseph.


Perlawanan pada babak pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sungguhpun terdapat beberapa peluang keemasan.

Bersambung babak kedua, pasukan negara tidak membuang masa untuk terus melancarkan serangan ke kubu Palestin yang dilihat sedikit rapuh apabila diasak dari segenap penjuru oleh barisan pemain Harimau Malaya.

Picture
AKSI Malaysia ketika menentang Palestin dalam kelayakan Piala Asia Wanita 2020 hari ini.
Peluang terbaik hadir menerusi gerakan serangan balas melalui sayap kanan oleh Jaciah namun hantaran kurang tepatnya mensia-siakan peluang terhidang.

Picture
STEFFI (depan) meledak satu gol buat Malaysia menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Palestin 2-0 di Stadium Faisal Al-Husseini sebentar tadi. - Foto ihsan FAM
Pada 30 minit terakhir, pasukan negara terus menggandakan serangan dan akhirnya berjaya mencipta jaringan pertama sebelum sepakan percuma oleh kapten pasukan negara, Steffi Sarge Kaur berjaya menggandakan kedudukan sekaligus membuka peluang yang lebih cerah.


Perlawanan berkesudahan dengan pasukan negara menang dengan jaringan 2-0

Ini sekaligus berjaya menutup kedukaan pada perlawanan pertama setelah tumpas 3-0 kepada jagoan Asia Tenggara iaitu Thailand.

SOURCE: Makan Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.