Bukan ahli silap mata, tetapi Ong Kim Swee janjikan nafas baru buat Sabah

http://beritaup2date.blogspot.com/ kepulangan Ong Kim Swee bukanlah merupakan ‘Kepulangan Cerita Dongeng’ semata-mata.

Datuk Ong Kim Swee akan kembali ke bumi Sabah selepas lebih dua dekad sebagai jurulatih terbaru mereka berbekalkan memori gemilang sebagai pemain yang pernah menjulang tinggi nama kelab itu pada era 90an.


Namun demikian, kepulangan Ong bukanlah merupakan ‘fairytale return’ semata-mata.


Bekas jurulatih B-23 tahun bakal berdepan pelbagai rintangan untuk mencari penyuntik semangat kepada pasukan yang kali terakhir mencatat kemenangan pada bulan Mei lalu, dan mengakhiri kancah Liga Super 2021 dengan rekod tewas lima perlawanan terakhir mereka.


“Saya tahu ini cabaran besar. Tetapi saya merasakan inilah masa yang sesuai untuk mengambil alih pasukan ini, kerana saya boleh mengenalpasti masalah yang ada, serta memperbaiki keretakan dalam pasukan untuk musim 2022.


“Saya tidak boleh melakukan magis dalam masa yang singkat. Tetapi kempen Piala Malaysia akan datang bakal menjadi pentas terbaik buat para pemain meningkatkan prestasi mereka.

“Jika mereka menunjukkan karektar yang baik dan ingin membuktikan kemampuan mereka, kita boleh berikan pasukan lain cabaran yang sengit,” kata Ong kepada Shoot!



Sabah, melalui satu kenyataan mengibaratkan perlantikan Ong sebagai sirih pulang ke gagang selepas beliau membantu pasukan itu menjulang Piala FA pada tahun 1995 dan Liga Perdana 1 pada 1996.

Itu merupakan antara memori terbaik Ong sebagai pemain, dan menjadi tonik untuk beliau juga menterjemahkan sukses sedemikian sebagai jurulatih.


“Saya mempunyai memori yang baik bermain untuk Sabah, antaranya memenangi Piala FA dan juga kancah liga. Pencapaian itu juga memberikan saya pengiktirafan untuk beraksi dengan skuad kebangsaan dan ianya merupakan penyuntik semangat yang besar.


“Sekarang saya diberikan peluang untuk menjadi jurulatih kelab ini, dan saya hendak membuktikan sesuatu.

“Saya faham penyokong Sabah tidak berpuas hati dengan prestasi semasa. Mereka mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka dan apabila pasukan tidak beraksi baik, kritikan akan datang.

“Tetapi tugas saya adalah untuk mengubah nasib Sabah bukan sahaja untuk prestasi pasukan, tetapi sebagai sebuah kelab professional,” tambahnya lagi.


Demi menjelmakan visi itu, Ong akan turut memainkan peranan dalam aspek pembangunan kelab itu bersama Pengarah teknikal kelab Scott Ollerenshaw.


Tetapi lebih penting, pengalaman yang ditagih bersama Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) sebagai Penolong Pengarah Teknikal dan kemudiannya Pengarah Teknikal tahun ini akan menjadi pengalaman besar kepada peranan itu.

“Saya telah menimba begitu banyak pengalaman dari segi pentadbiran ketika menjadi Pengarah Teknikal FAM. Bukan sahaja dari segi teknikal, tetapi merangkumi pelbagai aspek bolasepak temasuk pembangunan bolasepak wanita dan akar umbi.

“Saya juga telah menghadiri seminar bersama Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) dan juga FIFA dan ini merupakan pengalaman yang duit tidak dapat belikan.”

Tetapi Ong mempunyai tugas yang lebih mustahak terlebih dahulu, iaitu untuk mencarta perjalanan Piala Malaysia Sabah apabila memulakan tugas secara rasmi pada Oktober 1.


The Rhinos diundi dalam Kumpulan D bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), PJ City dan juga pasukan keempat Liga Premier.


“Kita tidak meletakkan target yang besar untuk Piala Malaysia, tetapi jika kita boleh melepasi peringkat kumpulan, ianya satu bonus. Track record kami musim ini menentang JDT dan PJ City tidak baik, tetapi kami akan cuba mengubah itu.”

Foto: Sabah & FAM

SOURCE: Apps Shoot!

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.