Dua Kelab Lembah Klang Berminat Dapatkan Khidmat Rawilson Batuil
Dua kelab yang berpangkalan di Lembah Klang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil.
Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, dua kelab Lembah Klang iaitu Petaling Jaya City FC dan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat Rawilson sekaligus mengukuhkan benteng pertahanan.Bagi Selangor pula, mereka dilihat mencari satu lagi pemain pertahanan setelah mengekalkan khidmat Rodney Celvin dan Ashmawi Yakin serta membawa Shahrul Nazeem dari Selangor 2 ke pasukan utama.It is learnt that PJ City and Selangor have shown interest to sign Sabah’s captain Rawilson Batuil. However, he is waiting to listen from Sabah before deciding his next step. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 3, 2020
The boys are STEPPING UP!
— Selangor FC (@selangorfc) November 27, 2020
Lima pemain dari Selangor 2 sah dinaikkan ke pasukan utama untuk musim hadapan!
Siapakah antara pemain-pemain muda ini yang anda teruja untuk tonton di musim 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣❓#RedGiants#KitaAdalahSatu
📸: @asianadotmy & disunting oleh Media FAS. pic.twitter.com/VBzVSIRcKr
Rawilson Batuil mengabdikan karier bola sepak profesional beliau setakat ini bersama pasukan Sabah dimana pemain berusia 26 tahun itu telah memenangi beberapa kejuaraan sejak menyarung jersi skuad Tambadau.
Beraksi bersama pasukan utama sejak 2014, Rawilson diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada 2017 lalu ketika Jelius Ating menjadi ketua jurulatih.
Pada musim 2019, Rawilson membantu Sabah muncul juara Liga Perdana sekaligus layak beraksi dalam saingan Liga Super pada musim 2020 lalu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola