Harimau Malaya kini kembali melaungkan kebangkitan dengan pelancaran jersi baharu skuad kebangsaan dari Nike dengan rekaan yang meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia.
J
ersi home, kemas, jersi away, beri amaran kepada lawan di gelanggang lawan.
Itu kesimpulan jersi baharu Harimau Malaya bagi musim 2020/2022 yang kita tengok dilancarkan hari ni secara maya.
Nak puaskan hati semua orang dengan design memang susah, masing-masing ada taste mereka yang tersendiri.
Apapun kali ini tak main langsung away kit color yang contrast dengan kuning seperti dulu pakai warna biru untuk ke tempat lawan.
Walaupun contrast sebab warna hitam as away kit, tapi belang kuning tu agak menonjol, tapi tetap lulus untuk lawan team lain pakai warna kuning.
Harap-harap tak ada pengadil yang anggap away kit masih ada warna kuning dan minta ditukar kalau team home yang dilawan pakai kuning.
Pengarah Perhubungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Wan Fakhrul Wan Bakar turut berkongsi tweet gembira dapat share posting gambar promosi kit tersebut yang dibuat 46 hari lalu.
Sesi 2 @ Thistle JB • 19 Oktober 2020
— Wan Fakhrul Bakar (@wanfakhrul23) December 4, 2020
Selepas di PJ, kami ke JB pula bagi melengkapkan sesi..
Kali ini, 46 hari kami menyimpan rahsia & amanah yang telah diberi.. Hari ini baru post.. 💪😎#behindthescenes Photoshoot Jersi Harimau Malaya 2020-2022 ⚽️🇲🇾 pic.twitter.com/lracfPCIFp
Bagaimanapun, ramai yang dah tengok design kit terbaharu Harimau Malaya ni dekat FootyHeadlines beberapa minggu yang lalu.
Seperti biasa, banyak juga komen negatif mengenai jersi Harimau Malaya ni, semua orang anggap mereka handal dalam semua benda di internet.
Kami nak highlight tentang harganya, RM299, stadium fan kit, ramai kata mahal sebab Malaysia punya team.
Apa ingat tak bagus ke Malaysia punya team macam international team? Mana maruah kita?
Kita patut letakkan sama level dengan international team dan bangga brand sukan terkemuka dunia sudi untuk menaja team yang kita sayangi.
Barang-barang yang Nike buat ni pergi R&D (kajian dan pembangunan) dan banyak orang terlibat dalam usaha bikin jersi ni, bukan senang-senang macam Pak Mat pergi kedai tempah kain dan jahit saja.
Akibat anggap mahal, ramai lah akan beli jersi ciplak Harimau Malaya lepas ni sebab jauh lebih murah tapi duit itu pergi ke mana orang kita tak pernah fikir.
Malas nak cerita panjang. Support our team dan beli barangan original mereka.
Kalau rasa tak berbaloi tak payah la beli, banyak alternatif lain, tapi bukan dengan beli baju tiruan.
Jersi ini akan mula dijual pada 11 Disember, jadi sempat lagi nak kumpul duit, pasti laku kali ini.
Mengekalkan warna tradisi disamping membawa rekaan moden yang menterjemahkan jersi kesayangan semua ini dengan aspek-aspek moden terkini.
Jersi home kekal dengan warna kuning ikonik,logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didada, rekaan kolar yang anggun, outlining pattern dibahagian rusuk serta kembalinya lengan yang berwarna hitam.
Jersi away ini juga akan dipadankan dengan seluar serta stokin hitam bersama belang kuning. |
Gabungan warna seluar hitam dan stokin kuning melengkapkan jersi keramat Harimau Malaya yang akan disarung oleh pemain-pemain diatas padang untuk membawa maruah skuad negara dipentas antarabangsa.
Mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang, jersi away pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang memberi refleksi youthful energy dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisi.
Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya
Jersi terbaru skuad Harimau Malaya yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air sebelum ini telahpun dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.Menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi persatuan tersebut, FAM mengeluarkan satu video yang memaparkan pemain skuad kebangsaan seperti Brendan Gan dan Shahrel Fikri memakai dua jersi terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan sukan terkemuka dunia, Nike.
Jersi Baharu Harimau Malaya
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 4, 2020
🇲🇾 MALAYSIA 2020-2022
Home & Away Kit
➡️ Baca siaran media di https://t.co/bFUrgoOCjQ
📽 https://t.co/RfB0vYlLH0#FAM #HarimauMalaya #NikeMalaysia #alikhsansports pic.twitter.com/WinCg9HKYD
Meskipun mendapat reaksi yang bercampur dari peminat di media sosial, di sini terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang terdapat di jersi terharu Harimau Malaya.
Sumber Gambar: @NizamArchibald
S elepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya kini bersedia untuk kembali bangkit dengan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022 daripada Nike yang menyaksikan buat pertama kalinya sejak 2007, jersi utama atau jersi 'home' tampil dengan reka bentuk berkolar.
Majlis pelancarannya, hari ini berlangsung secara maya menerusi video pengenalan jersi berkenaan yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
Ia menampilkan 10 pemain kebangsaan terdiri daripada ketua pasukan - Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Pelancaran jersi baharu kali ini pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal, namun terpaksa dilancarkan secara maya memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.
Untuk itu, sebagai simbolik pelancaran jersi baharu ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi 'home' dan jersi 'away' Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.
Sejak Nike menaja jersi pasukan kebangsaan Malaysia, kesemua tujuh reka bentuk jersi 'home' sebelum ini iaitu pada 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018 adalah tidak berkolar, sekali gus kelainan baharu yang bakal diperagakan skuad Harimau Malaya bagi jersi edisi 2020-2022 ini.
Jersi kedua atau jersi 'away' Malaysia 2020-2022 turut menampilkan kelainan apabila buat pertama kalinya tiada warna biru, putih atau merah seperti kebiasaan sebelum ini.
Menurut Datuk Haji Hamidin, jersi 'home' yang baharu ini biarpun ringkas, namun tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi 'away' pula akan memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.
"Pasukan Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi 'home', malah jersi 'away' juga menampilkan warna tradisi kita iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna, dalam kesemua aksi pasukan kebangsaan nanti, semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama para pemain dan penyokong.
"Saya yakin apabila para pemain memakainya nanti, mereka akan mendapat semangat baharu untuk tampil dengan aksi yang lebih bertenaga di atas padang, seterusnya meraih lebih banyak kemenangan dan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
"Terima kasih juga kepada Nike yang masih terus bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 13 tahun ini (sejak 2007)," kata Datuk Haji Hamidin.
Jersi 'home' Malaysia 2020-2022 terus memelihara warisan dan evolusi pasukan bola sepak kebangsaan dengan mengekalkan warna tradisi kuning sambil digabungkan dengan reka bentuk moden supaya aspek-aspek moden ini dapat ditonjolkan.
Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues berkata: "Dengan mengekalkan logo FAM di bahagian sebelah kiri dada, warna kuning ikonik jersi 'home' ini dipadankan dengan kehadiran warna hitam pada tiga bahagian iaitu kolar, lengan dan garis corak terkini Nike di bahagian sisi bagi menampakkan lagi kekemasannya."
Sementara jersi 'away' Malaysia 2020-2022 pula tampil dengan warna hitam sebagai warna utamanya, diselangi lima jalur berwarna kuning di bahagian depan serta kolar bulat dan hujung lengannya juga berwarna kuning.
Reka bentuk berjalur pada jersi 'away' ini diinspirasikan daripada Jalur Gemilang (bendera Malaysia), namun kelainan yang ditampilkan ialah ia hanya menggabungkan warna hitam dan kuning, tanpa kehadiran warna biru, putih atau merah.
"Jersi 'away' ini mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil pada masa yang sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya," tambah Ernest.
Tampil sebagai salah seorang pemain terawal yang berpeluang menyarung jersi baharu ini, ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak pula berkata: "Warna kuning dan hitam yang terdapat pada kedua-dua jersi 'home' dan 'away' kali ini sudah tentu akan menyerlahkan lagi imej Harimau Malaya setiap kali kami turun beraksi nanti.
"Sebagai pemain, menjadi tugas kami untuk mencorakkan lagi jersi ini supaya ia akan nampak lebih garang dan menyerlah menerusi persembahan yang lebih bertenaga dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan kejayaan buat Harimau Malaya.
"Besar harapan saya, jersi baharu ini akan menjadi saksi Malaysia layak ke Piala Asia 2023, menjuarai Piala Suzuki AFF 2020, meraih pingat emas Sukan SEA 2021 dan juga lain-lain kejayaan di kejohanan antarabangsa peringkat bawah umur serta bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai sepanjang tempoh dua tahun ini."
Tanpa sebarang aksi sepanjang tahun 2020 ini, skuad Harimau Malaya yang kini di kedudukan 153 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA akan kembali meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh sebelum ini pada Mac 2021 serta saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang ditunda ke April dan Mei 2021.