5 Pemain Terbaik Sabah 2020
Sabah merekod 2 kemenangan pada musim pertamanya di Liga Super. Walaupun dengan hanya 2 kemenangan skuad yang dilatih oleh pengendali dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yualianto terselamat dari zon penyingkiran.
Prestasi itu boleh dikatakan baik kerana Sabah menggunakan hampir kesemua pemain musim sebelumnya yang bermain di Liga Perdana, tiada perubahan besar-besaran dilakukan pada awal musim.Pasukan ini berjaya memberi saingan kuat kepada pasukan pertengahan liga seperti Melaka United dan Petaling Jaya City.
Sabah hampir mengejutkan Perak.
Secara am, Sabah hanya bermain 10 perlawanan dalam CIMB Liga Super 2020 daripada 11 perlawanan sepatutnya. Kemenangan percuma diberikan kepada UiTM FC disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dalam 10 perlawanan tersebut, 12 gol terhasil 21 gol bolos. Bukan satu rekod yang baik, namun Sabah bernasib baik tidak jatuh ke Liga Perdana 2021 setelah menang melawan Melaka sebelum tewas kepada JDT dan UiTM dalam 2 perlawanan terakhir.
Apa yang boleh dipersoalkan Sabah gagal meraih mata penuh ketika bertemu PDRM, pasukan yang datang Liga Perdana sepertinya. Mungkin perlawanan pertama selalunya sukar bagi semua pasukan.
2 kemenangan tersebut dicatat ketika bertemu Melaka United dan Felda United. Sabah seri dengan PDRM, Petaling Jaya City dan Perak.
Sabah masih jauh untuk memberi saingan kepada pasukan gergasi Malaysia apabila tewas kepada JDT, Kedah, Selangor dan Terengganu. Mereka juga kalah kepada Pahang dan UiTM.
Walau bagaimanapun pasukan ini dilihat mampu untuk terus kekal di Liga Super untuk beberapa musim akan datang. Sabah mempunyai kumpulan pemain yang sudah lama bersama dan bakal berada pada umur kemuncak.
Sabri Sahar, Rawilson Batuil, Azizzan Nordin, Maxius Musa, Randy Baruh, Ummareng Bacok dan Azwan Fattah merupakan kumpulan pemain tersebut yang berusia sekitar 26-28 tahun.
PERSEDIAAN SKUAD
Seperti biasa pergerakan keluar masuk pemain di Sabah tidak terlalu agresif seperti mana-mana pasukan lain di liga M. Ia disebabkan faktor geografi yang agak jauh dari pasukan lain dan sukar untuk mereka pergi kesana.
Sabah hanya membawa masuk 2 pemain tempatan iaitu Azrai Wan Teh (GK) dan Zubir Azmi (DL). Majoriti pemain tempatan lain dikekalkan.
Park Teo Soo dikekalkan bagi musim ke-2 dan Rodoljub Paunovic dikekalkan bagi musim ke-3. Bagaimanapun Sabah membuat pertukaran import seawal perlawanan pertama dengan mengeluarkan Hector Ramos, menukar dengan Kassy Gnabouyou.
3 PEMAIN TEMPATAN TERBAIK
Rawilson Batuil masih lagi antara pemain tempatan terbaik yang ada di Sabah. Walaupun Sabah merupakan pasukan ke-2 paling banyak bolos (24), ia lebih kepada sistem pertahanan lemah yang dibina oleh Kurniawan Dwi Yulianto.
Sabah majoritinya menggunakan sistem 4-4-2 atau 4-4-1-1 dimana Azzizan Nordin dan Petrus Shitembi merupakan pemain tengah pasukan. Mengikut susunannya 5 pemain bersifat menyerang dan 5 pemain bersifat bertahan.
Melalui sistem ini Sabah gagal melakukan quick transition dari menyerang dan bertahan dengan pantas. Sebarang serangan pantas dari pasukan lawan, Sabah senang dibolosi kerana pertarungan jumlah pemain di bahagian pertahanan agak sedikit.
Tidak seperti pasukan kuat lain, mereka pantas memenuhi ruang pertahanan mereka dengan ramai pemain. Compactness di bahagian berlaku dengan pantas.
Azzizan Nordin merupakan pemain ke-2 tempatan terbaik. Pemain tengah ini menjana bahagian tengah pada majoriti liga. Jaringan sepakan percuma dari tepi padang menjadi momen terbaik untuk dirinya.
Jaringan itu juga boleh diletakkan antara yang terbaik berlaku di Liga Super 2020. Jaringan yang mengikat Perak 2-2 dan Sabah meraih 1 mata penting.
Pemain sayap kiri berusia 34 tahun, Alto Linus menampilkan prestasi baik. Jika ancaman serangan Sabah bukan berpunca dari Shitembi maka Alto lah mencetus ancaman tersebut.
Agak malang kerana nama Alto hanya tercatat 1 kali sebagai pemain yang melakukan bantuan gol sedangkan begitu banyak hantaran yang dilakukannya dalam 11 perlawanan Liga Super.
Musim ini Alto beraksi lebih minit berbanding Maxius Musa.
*Rawilson Batuil, Azzizan Nordin, Alto Linus
1 PEMAIN IMPORT TERBAIK
Rodoljub Paunovic terus kekal menjadi penjaring utama Sabah.
Pemain dari Serbia itu menyumbang 4 gol dan 2 bantuan.
Sementara itu Dennis Buschening meningkat dengan drastik pada 4 perlawanan terakhir liga. Buschening merakam 4 gol dalam 3 perlawanan atau 4 gol dan 1 bantuan dalam 5 perlawanan. Namun Shitembi adalah pemain import terbaik antara yang terbaik.
Pemain pertama yang mencetuskan gerakan menyerang dan sering kali berjaya melakukan hantaran yang meletakan pemain lain berada dalam posisi terbaik melakukan bantuan gol dan jaringan.
Pemain ini juga menjadi pengerak utama Sabah melakukan setup sepakan penjuru pasukan, banyak yang berakhir dengan menjadi ancaman kepada lawan.
2 kemenangan Sabah berlaku melalui prestasi cemerlang dari pemain Liberia itu. Sabah menewaskan Felda United 3-1, Shitembi menyumbang 3 bantuan dalam perlawanan itu, 2 melalui sepakan penjuru.
Ketika Sabah berhadapan dengan Melaka United, pertembungan 2 pemain kreatif berlaku antara Shitembi dan Shafiq Rahim.
Shafiq mencipta 2 gerakan yang membawa 2 gol untuk Melaka United, Shitembi memberi tentangan dengan 2 gerakan yang membawa 2 gol untuk Sabah. Kedua-dua pemain ini hanya dipisahkan dengan jaringan penalti yang dimenangi Sabah selepas Maxius Musa dijatuhkan.
Paunovic baik, Buschening meningkat tetapi tanpa Shitembi Sabah tidak akan mengancam.
*Petrus Shitembi
1 PEMAIN MUDA TERBAIK
Sabah tidak mempunyai pemain B23 tahun yang bermain secara regular, tetapi mereka mempunyai 2 pemain dalam kumpulan umur tersebut di barisan simpanan.
Mereka adalah Evan Wensley di bahagian pertahanan dan Syukri Baharun pemain tengah.
Syukri bermain dalam 3 perlawanan terakhir liga sebagai pemain utama menggantikan Azzizan Nordin. Walaupun Sabah tewas 2 kali kepada JDT dan UiTM tetapi kemenangan ke atas Melaka United menyelamatkan pasukan untuk terus kekal di Liga Super.
*Syukri Baharun
Sabah mungkin lebih baik jika mereka mempunyai satu sistem yang lebih mudah dan ringkas untuk pemain seperti Azzizan dan Shitembi bertukar shape dari menyerang kepada bertahan. Mungkin melalui sistem pemain tengah bertiga.
Transisi itu lambat berlaku dan menyebabkan Sabah terlalu banyak bolos walaupun sudah mempunyai gerakan menyerang yang seronok untuk ditonton.
Kongsikan artikel ini: