Paul Pogba dan Romelu Lukaku tinggalkan Manchester United

Kickbola.netPemain Manchester United, Paul Pogba (kiri) dan Romelu Lukaku. .
Paul Pogba dan Romelu Lukaku tinggalkan Manchester United

Paul Pogba dan Romelu Lukaku dilaporkan hampir pasti menemui jalan keluar dari Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer mungkin boleh meraih 200 juta pound (RM1.07 bilion) sekiranya United membenarkan dua pemain ini berpindah dan seterusnya membangunkan semula United.

Pengurusan kelab juga dipercayai semakin mempunyai keinginan untuk menjual Pogba dan tidak akan menolak sebarang tawaran sekiranya ada yang mahukan khidmat Lukaku.

Mino Raiola yakin kliennya, Pogba bakal berpindah ke Real Madrid dan menolak ura-ura mengenai lanjutan kontrak baharu pemain Perancis itu di United.

Dalam pada itu, mereka juga tidak akan menolak sebarang lamaran untuk Lukaku sekiranya Juventus ataupun Inter Milan membuat tawaran.

United dikatakan menawarkan nilai sekitar 120 juta pound  (RM640 juta) untuk Pogba, pemain yang dikatakan menjadi keutamaan oleh Zinedine Zidane di Real Madrid ketika ini.

Solskjaer bagaimanapun yakin pemain kebangsaan Perancis itu akan terus kekal bersama United.

"Kamu tidak dapat menjamin apa-apa dalam bola sepak tetapi ya, saya fikir Paul akan berada di sini, dia sangat bertekad untuk mencapai kejayaan bersama Manchester United.

"Dia melakukan tugas dengan begitu baik bersama kami, dia seorang manusia biasa juga dan kita semuanya sama - kami mahu dia melakukan yang terbaik, dan dia seorang ketua di bilik persalinan dan di padang bersama kami.

"Namun berbalik kepada sekiranya saya boleh memberi jaminan - saya mungkin berkata ya, saya boleh memberi jaminan (kekal) tetapi dalam hidup, kamu tidak boleh mengatakan tidak, tetapi sepanjang pengetahuan saya, dia akan kekal berada di sini." - Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.