Barisan Pemain Sabah FA musim 2014/2015

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengumumkan senarai lengkap 26 pemainnya bagi menghadapi musim 2014, yang bermula minggu depan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



TERKINI : Senarai Pemain Sabah FA musim 2015

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi pasukan Sabah 2014 di Hotel Le Merdien, dekat sini, pagi tadi dengan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.

Antara pemain yang tersenarai serta bakal mewarnai bola sepak negeri musim ini termasuk penyerang sensasi negara, Rozaimi Rahman, serta pemain pertahanan senior, Reithudin Emran yang dipanggil semula menyertai pasukan selepas beraksi bersama pasukan Cebagoo FC pada musim lalu.

Selain itu, pasukan Sabah juga bakal diperkuatkan tiga pemain import luar iaitu penyerang, Marwan Sayedeh (Syria), pemain tengah, Mitrovic Srecko (Serbia), dan pertahanan, Pocuca Predeg (Crotia).

Sabah turut mengekalkan pemain seniornya iaitu ketua pasukan, Rosdin Wasli, dan Zainizam Marjan selain memasukan lapan pemain import dari semenanjung iaitu Mohd Fazli Paat, Mohd Redzuan Nawi, Md Farid Ideris, Mohammad Ezaidy Mohammad Khadar, Varathan Arumugam, Wan Mohd Hoesne Wan Hussein, Isma Alif Mohd Salim, dan Pritam Singh Charun Singh.

Sementara itu, Musa yang juga Presiden SAFA mencabar para pemain supaya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri ini seperti mana yang pernah berlaku suatu ketika dulu.
Jersi baharu skuad Liga Simpanan, Liga Perdana, dan Liga FAM Sabah.

“Hasrat itu hanya akan mampu dicapai sekiranya semua pihak khususnya para pemain menunjukkan komitmen tinggi pada setiap perlawanan yang diharungi. ”Kini pasukan telah terbentuk dan saya berharap pemain yang terpilih akan bermain bersungguh-sungguh pada setiap perlawanan.

“Para pemain juga harus mempunyai disiplin yang baik bukan sahaja di dalam padang, tetapi juga di luar padang kerana dengan disiplin yang tinggi, mereka akan dapat meningkatkan mutu permainan sekali gus mengangkat martabat bola sepak negeri ini ke tahap sepatutnya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden SAFA, Datuk Lawrence Gimbang serta pucuk pimpinan SAFA yang lain.

Beliau berkata, pasukan juga perlu membalas kepercayaan peminatnya yang selama ini sentiasa memberi sokongan pada setiap perlawanan yang diharungi. ”Pasukan perlu menunjukkan keputusan yang baik kepada pihak pengurusan dan yang lebih penting membuktikan kepada rakyat bahawa Sabah juga mampu menggegar arena bola sepak negara.

“Saya harap, pasukan Sabah pada tahun ini akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan dalam arena bola sepak khususnya di Liga Perdana, sekali gus memberi impak positif dari segi peningkatan peminat dan penyokong untuk terus memberi sokongan kepada Sabahawks,” katanya.

Musa berkata, SAFA juga akan melakukan yang termampu untuk mencari dana bagi membela kebajikan pemain agar mereka lebih fokus menghadapi musim baru ini
“Kalau kita bersusah-payah mencari dana supaya para pemain tidak berasa kekurangan, saya harap pemain juga akan berusaha lebih kuat untuk membalas kepercayaan kami terutamanya peminat,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih, Milomir Seslija, berkata semua pemainnya kini bersiap sedia untuk mengharungi musim baru yang bermula minggu depan. ”Saya melihat ada peningkatan terhadap mutu permainan pasukan pada setiap perlawanan pra musim, baru-baru ini, namun kita akan terus berusaha perbaiki setiap kelemahan yang ada.


“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong pembentukan pasukan selama ini termasuklah pengurusan, media dan penyokong khasnya,” katanya.

**PASUKAN SABAH MUSIM 2014/2015**

Pengurus

Rahman Zakaria

Ketua Jurulatih

Milomir Seslija

Penjaga Gol

Irwan Jamil
Mohd Fazli Paat
Mohd Fazrul Iman Malan

Pertahanan

Md Reithudin Ag Emran
Dendy Lowa
Julamri Muhammad
Varathan Arumugam
Rawilson Batuil
Pocuca Predrag (import)

Tengah

Mohd Shahrul Chankui
Mohd Redzuan Nawi
Mohammad Ezaidy Mohammad Khadar
Rosdin Wasli
Didie Arizal Ibrahim
Isma Alif Mohd Salim
Pritam Singh Charun Singh
Maxsius Musa
Jenius Karib
Mitrovic Srecko (import)

Penyerang

Rozaimi Abd Rahman
Marwan Sayedeh (import)
Rexjeson Pitirus
Md Farid Ideris
Wan Hoesne Wan Hussein
Zainizam Marjan
Sabri Sahar

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.