Pertahanan Sepanyol Kiko Insa miliki passport kerakyatan Malaysia Asal Sabah

Kickbola.net Kiko Insa: Saya buat pilihan tepat sertai Pahang.
Kiko Insa kini warganegara Malaysia ?

Difahamkan Kiko Insa adalah pemain berdarah kacukan Malaysia dan Sepanyol kerana bapanya berasal dari Sabah.

Pemain naturalisasi Pahang, Kiko Insa, berkata dia telah membuat pilihan tepat untuk bersama skuad Tok Gajah yang dilihat mampu mencabar kejuaraan Liga Malaysia musim ini.

Insa sebelum ini pernah menerima tawaran dari Sarawak, namun mengubah haluan pada saat-saat akhir untuk bersama Pahang.

Selain dikendalikan jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh, dia melihat kejayaan pengurusan memburu ramai pemain berstatus bintang memperkuatkan keyakinannya untuk bersama Pahang.

"Ini merupakan tahun yang penting buat Pahang dalam saingan Liga Super dan mereka telah merombak pasukan untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti.

"Selain itu, saya juga tidak sabar untuk berkhidmat di bawah kendalian jurulatih, Dollah Salleh, beliau seorang jurulatih yang berpengalaman," katanya.

Berusia 28 tahun dan dilahirkan di Sepanyol, Insa pernah beraksi di kelab divisyen tiga Sepanyol, CD Alcoyano dan kelab Belgium, Ur Namur.

Berdasarkan pengalaman, dia yang boleh beraksi di posisi tengah dan pertahanan, bersedia jika diberikan peluang bersama skuad kebangsaan.

Dalam masa sama, dia gembira kerana hajatnya memperoleh kerakyatan negara ini tercapai.

"Saya sangat gembira kerana mendapat status naturalisasi sebagai rakyat Malaysia dan saya bersedia menyarung jersi skuad negara jika khidmat saya diperlukan."

Pahang Bawa Masuk Kiko Insa Sebagai Pemain Tempatan.


Dikhabar-anginkan Pahang FA berjaya membawa masuk seorang pemain Sepanyol sebagai pemain tempatan. Fransisco Javier Insa Bohigues atau Kiko Insa (28 tahun) khabarnya bapa beliau berasal dari Sabah.

Kiko sebelum ini berkelana di Indonesia bersama kelab Arema Cronus sebelum dipinjamkan ke Bali United.

Menurut sumber, Kiko didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akan beraksi dengan pasukan Pahang sebagai pemain tempatan.

Beliau juga fasih berbahasa melayu dan indonesia.

Kiko juga berpeluang dipanggil mewakili skuad kebangsaan kerana Malaysia memang kekurangan pemain berkualiti di posisi Defensive Midfield.

Segalanya bergantung kepada prestasinya dalam Liga M.

OKS mesti tengah senyum...

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.