Jorge Pareyra Diaz ikut jejak Lucero sertai kelab Mexico Club León

Kickbola.net Jorge Pareyra Diaz ikut jejak Juan Martín Lucero sertai kelab Mexico Club León.
DIAZ IKUT JEJAK LUCERO

Bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pareyra Diaz sah membuat keputusan menyertai kelab Mexico, Club Leon.

Keputusan tersebut sekali gus mengikut jejak langkah rakan senegaranya yang juga bermain untuk JDT pada musim lepas, Juan Martin Lucero.

Sebelum ini, Lucero sah menyertai kelab Mexico, Club Tijuana.

Diaz dan Lucero akan kembali bersatu pada 5 Februari nanti apabila Club Leon dijadual bertemu Tijuana bagi perlawanan kelima liga.

Selepas 2 perlawanan, Tijuana berada di tangga kesepuluh manakala Club Leon berada di tangga ke-12 Liga Mexico.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.