Kerjasama FAM - MP & Silva Musnah

Picture
KERJASAMA FAM-MP & SILVA TERLERAI ?

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Kerjasama FAM - MP & Silva Berakhir

Kerjasama membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan MP & Silva yang menjanjikan pendapatan sebanyak RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun, kini didakwa sudah berakhir.

Ikatan janji yang dimeterai setahun lalu melibatkan FAM dan MP & Silva dilaporkan menemui penghujung kurang enak ekoran jaminan pendapatan RM70 juta setahun yang kini didakwa tidak berjaya ditunaikan.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan keretakan membabitkan kerjasama itu sehingga timbul desas-desus kononnya kontrak selama 15 tahun bernilai RM1.26b itu bakal berakhir dengan kemungkinan diheret ke meja perundangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Uahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, yang bertanggungjawab menguruskan Liga Malaysia yang merupakan harta intelek utama perjanjian itu, memilih untuk tidak memberi petanda pasti mengenai pembayaran RM70 juta itu kepada FAM.

"Saya tak cakap RM70 juta kepada FAM. Tapi saya cakap, kalau ada kekurangan kutipan itu, maka waktu inilah kekurangan kutipan itu perlu dibayar.

"Kalau tidak ada, (maka) mengikut kontrak itu ada prosesnya," terang Kevin.


Malah, Kevin tampak cuba untuk memisahkan FMLLP daripada kemelut di antara FAM dan MP & Silva.

"Kontrak itu ditandatangani di antara MP & Silva dan FAM.

"Kalau ada pihak yang patut memberi komen mengenai kontrak tersebut dengan MP & Silva, mungkin FAM lebih sesuai untuk memberikan komen."


MP & Silva adalah syarikat media antarabangsa yang memiliki, menguruskan dan membahagikan hak penyiaran televisyen bagi acara sukan di seluruh dunia.

Ini termasuk siaran liga bola sepak Eropah, kelayakan Piala Dunia, grand slam tenis dan sukan permotoran.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.