
MESSI: GAMBAR ITU MEMANG GILA, SAYA FOLLOW RAPAT PERKEMBANGAN LAMINE YAMAL
Kapten Argentina, Lionel Messi menyifatkan gambar ikonik
beliau sedang memandikan Lamine Yamal pada tahun 2007 sebagai sesuatu yang
"luar biasa", sambil memuji pemain sayap Sepanyol itu menjelang final
Piala Dunia 2026 pada Ahad.
Selain itu, Lionel Messi mengakui dia mengikuti rapat
perkembangan Lamine Yamal memandangkan pemain itu bukan sahaja menjadi fenomena
global, namun dia juga bermain untuk kelab kesayangan Messi iaitu Barca.
"Gambar itu memang luar biasa," kata Messi pada
Jumaat.
"Saya bergambar dengannya ketika dia masih bayi...
hakikatnya sekarang kami berdua bermain di Piala Dunia memang sesuatu yang
gila."
Gambar tersebut dirakam sebagai sebahagian daripada kalendar
amal yang dihasilkan di Stadium FC Barcelona oleh akhbar tempatan Sport bersama
UNICEF.
Tanpa disangka, takdir bola sepak menemukan Yamal yang
ketika itu masih bayi dengan legenda Argentina itu. Enam belas tahun kemudian,
Yamal muncul sebagai bintang Barcelona.
Kini, perjalanan itu seolah-olah lengkap apabila Yamal yang
berusia 19 tahun bakal berdepan Messi yang kini berusia 39 tahun buat kali
pertama di pentas antarabangsa dalam final Piala Dunia.
Messi berkata:
"Sejujurnya, gambar itu memang gila. Dalam hidup saya,
saya pernah bergambar dengannya ketika dia masih bayi, dan hari ini kami berdua
bakal berdepan dalam perlawanan Piala Dunia.
"Apa yang saya nak cakap di sini, ianya memang sukar
dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.
"Dia adalah antara pemain terbaik dunia ketika ini,
tanpa sebarang keraguan.
"Saya doakan yang terbaik buatnya kerana apa yang baik
untuk dirinya juga baik untuk Barcelona.
"Lamine ialah pemain yang luar biasa. Saya banyak
mengikuti perkembangannya kerana dia bermain untuk kelab yang saya cintai dan
saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Barcelona," kata Messi.
"Pada usia 19 tahun, dia sudah menjadi salah seorang
bintang utama dunia.
"Dia masih mempunyai segalanya dalam karier yang ada di
hadapannya dan peluang besar untuk mencipta sejarah.
"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya memastikan perkara
itu tidak berlaku kali ini."
Rakan sepasukan Yamal dalam skuad Sepanyol, Mikel Merino,
mengakui beliau juga pada mulanya sukar mempercayai gambar tersebut.
"Kali pertama saya melihatnya, saya fikir ia gambar AI
dan bukannya gambar sebenar," kata Merino.
"Sukar dipercayai dua pemain terbaik yang pernah
bermain bola sepak — dan saya harap Lamine juga akan menjadi salah seorang
daripadanya pada masa depan — berkongsi gambar seperti itu. Saya harap kita
akan menyaksikan final yang hebat dengan kedua-dua mereka mempamerkan aksi
terbaik dan memberikan tontonan yang hebat kepada semua peminat."
Messi, yang sudah merekodkan lapan gol dan empat bantuan gol
sepanjang kejohanan, dijangka beraksi dalam final Piala Dunia ketiganya selepas
mara ke pentas akhir pada 2014, 2022 dan kini 2026. Beliau kini berkongsi
kedudukan penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 bersama Kylian Mbappé ketika
Argentina memburu kejuaraan dunia buat kali kedua berturut-turut.
SOURCE: axellotacts
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
