Ulasan Perlawanan Kuala Lumpur FA vs Sabah FA - 6 Februari 2015
Saya tidak akan mengulas perlawanan secara keseluruhan dan juga merit utk setiap pemain. Cuma ada beberapa point yg saya berminat kongsi bersama.
Tumpuan ulasan ini adalah kepada Diouf, Faye, Zayed, Azizan Nordin.1. Diouf hari ini berfungsi sebagai 'False 9'.
False 9 tiada peranan khusus, tetapi melibatkan diri untuk menyerang dalam D-Box. Apabila tanggungjawab itu diberi kepada Diouf, tumpuan pemain pertahanan KL adalah untuk mengawal Diouf sekaligus membolehkan Zayed lebih bebas dalam D-Box.
Diouf turun ke 3/4 padang dan menjana serangan menggunakan kelajuan flanker, Ezaidy dan Leo untuk melarikan bola. Dari penilaian saya,Diouf berperanan dengan baik petang tadi.
Mengajak rakan-rakan menggunakan hantaran pendek dan meminimakan hantaran tinggi.
Petang tadi barisan 3/4 Sabah berperanan dengan baik kerana 'well managed' oleh Diouf sebagai ketua pasukan.
2. Faye masih kental untuk body to body challenge, tetapi apabila Faye telalu kehadapan dan posisinya tidak di tampung oleh Hardy,di sanalah ada kesukaran untuk Faye.
Bertemu KL yg baru di bentuk mungkin tidak terlalu mendatangkan masalah meskipun peluang KL mengucar kacirkan d-box Sabah melalui kesilapan seumpama ini.
Mujurlah kerja keras back 4 Sabah berjaya menyerap tekanan KL khususnya pada 20 minit terakhir separuh masa kedua.
Interval yg ditetapkan oleh FAM utk perlawanan pada waktu petang memberi sedikit ruang pada Faye untuk bernafas.
3. Why Zayed?Why?... Seperti point saya di no.1, Diouf sudah terlalu byk membuka ruang untuk Zayed melakukan jaringan.
Kalau 3 pemain mengawal Diouf, seharusnya Zayed berupaya melakukan jaringan atau setidak-tidaknya ada percubaan yg meyakinkan ke arah pintu gol.
Satu kerugian utk pasukan Sabah petang tadi apabila Leo-Diouf-Ezaidy mengerakkan serangan,tetapi usaha sangat mengecewakan dari Zayed.
Usaha ya...bukan penyudah.
Beberapa kali Diouf menegur Zayed dan mengelengkan kepala apabila Zayed gagal membaca gerakan dari bahagian tengah.
Dia la 'great passanger' petang tadi. Saya tidak dpt bayangkan bagaimana Sabah berpesta gol petang tadi andai natural striker kita berfungsi.
(Dear DSP TC Goh : Bawalah kapten Vietnam Lee Cong Vinh ke Sabah).
4. Sejak dari pre season, dialah pemain yg paling menarik perhatian saya. Azizan Nordin (37), produk SSBJ.
Beraksi sebagai defensive midfielder,andai dia mendapat pendedahan yg luas, dia berpotensi menjadi pemain sehebat Ong Kim Swee atau setidak-tidaknya Gary Steven Robbat.
Melibatkan diri dalam serangan, merapati setiap pemain KL dengan bergerak ke setiap penjuru padang.
Saya tidak mengharapkan Azizan bermain seperti Brendan Gan, Gan ada kelebihan fizikal utk memotong bola tinggi.
MOTM : Azizan Nordin
Ulasan - Es Azman
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.