Sabah vs KL DRB Hicom
Setelah sekian lama, Stadium Likas kembali dibanjiri penyokong-penyokong tegar Sabah FA dan mungkin ada segelelintir penyokong DRB Hicom.
Pembukaan tirai home ground agak berbeza berbanding season-season yang lalu.Bendera kedua-dua pasukan dipaparkan dalam padang, lagu rasmi kedua-dua pasukan berkumandang dan diakhiri dengan lagu kebangsaan Negaraku, dan apabila lagu Sabah Tanahairku dimainkan, memang bikin kembang bulu roma sebab satu stadium bergema, siap dengan bunga dan mercun yang dipasang diluar stadium.
Dapat rasa tu aura-aura stadium keramat Likas sudah kembali. Cara pasukan Sabah untuk psyche up pun agak berbeza.
Sebelum perlawanan bermula, pemain dan penyokong diminta menghormati one minute silence utk the late Hasbullah seorang pengacara sukan yang memang sudah sebati dengan sukan di Malaysia dan juga kepada the late Nik Aziz, seorang pemimpin yang sangat dihormati di Kelantan.
First Eleven
- Fazli
Alto Hardy Faye JulAmri
Ezaidy Azizan Shafuan Leopold
Diouf(c) Zayed
Subs
71mins
Mohd Shafiq menggantikan Zayed
80mins
Izuan menggantikan Leopold
Yellow card
80mins Diouf sbb time wasting84mins Shafuan sbb terlibat dalam scuffle dengan Farid Saibun
92mins Faye sbb two foot tackle
DRB Hicom pula mendapat 4 yellow card dan 1 red card daripada bekas pemain kelahiran Sabah Farid Saibun pada minit ke 84 selepas beliau headbutt Shafuan.
Kronologi Perlawanan
DRB berjaya menjaringkan gol pertama apabila Ivan Babic berjaya meloloskan diri daripada kawalan defender Sabah dan menanduk bola freekick yang diambik dari sebelah kanan luar kotak penalti Sabah.
Sabah 0-1 DRB Hicom
9mins
Diouf membuat 1-2 passing dengan Zayed di dalam kotak lawan namun pemain tinggi lampai kelahiran Libya itu gagal mengawal bola
9mins
Faye berjaya menanduk bola sepakan sudut namun bola tersasar jauh di sebelah kanan palang lawan
12mins
DRB mendapat peluang namun rembatan dari dalam kotak penalti tersasar jauh
14mins
Faye sekali lagi mempunyai peluang namun bola hasil dari tandukan dari freekick tersasar sedikit di sebelah kiri gawang lawan
18mins
Diouf berjaya menjaringkan gol hasil daripada quick action apabila pemain Senegal tersebut toe-poke the ball dalam keadaan kelam-kabut di kawasan kotak penalti DRB
Sabah 1-1 DRB Hicom
4 minit selepas Diouf menjaringkan gol penyamaan, DRB berjaya mendahului Sabah sekali lagi apabila bola hantaran lintang yang tidak merbahaya dari sebelah kiri kawasan Sabah gagal ditendang kemas oleh Faye, disebaliknya bola melantun tinggi kebelakang beliau dan masuk ke far post sebelah kanan, Fazli langsung tidak mampu membuat apa-apa
Sabah 1-2 DRB Hicom
32mins
Azizan membuat left foot snap shot dari kawasan luar kotak lawan namun bola yang seakan-akan masuk sempat ditepis oleh penjaga gol lawan
33mins
Hardy pula terlepas peluang menjaringkan gol penyamaan apabila tandukan beliau hasil dari tendangan sudut tersasar ke sebelah kanan palang pihak lawan
Hujan renyai mulai turun
36mins
Shafuan berjaya membuat lorongan kepada Leopold yang membuat larian solo di sebelah kiri kawasan lawan namun rembatan beliau jauh tersasar walaupun hanya penjaga gol yang menjadi penghalang
37mins
Zayed berjaya meloloskan diri masuk ke kawasan lawan hasil daripada hantaran Ezaidy namun rembatan Zayed jauh tersasar walaupun hanya penjaga gol diantara beliau dan gawang gol
Half Time
Sabah 1 - 2 DRB HicomSeparuh Kedua
46minsSabah bermula dengan garang apabila Ezaidy berjaya membuat hantaran lintangan dari arah kiri kawasan lawan namun bola gagal disambar dengan power oleh Leopold apabila bola dengan senang ditangkap oleh penjaga gol
48mins
Ezaidy mempunyai peluang di dalam kotak lawan namun rembatan beliau kurang sengat dan terus ke arah penjaga gol lawan
49mins
Leopold mendapat peluang dari kawasan luar kotak sebelah kanan lawan, kali ni deras rembatan Leo namun berjaya ditepis keluar
50mins
Ezaidy berjaya melompat tinggi dari semua pemain apabila beliau membuat tandukan dari tendakan sudut namun bola terus ke dakapan penjaga gol
65mins
DRB hampir menjaringkan gol apabila pemain DRB yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan mana-mana pemain Sabah, tandukan placing beliau terkena palang sebelah kanan walaupun beliau suda berseorangan di dalam kotak penalti sabah.
69mins
Azizan mendapat peluang apabila hantaran pendek dari luar kawasan penalti lawan, rembatan beliau terkena sedikit pihak lawan dan bola masuk ke dalam gawang.
Stadium terus hidup dan ini menjadi pembakar semangat utk pemain kita
Sabah 2 - 2 DRB Hicom
4 minit kemudian Shafuan berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat pertama kalinya hasil daripada tendangan percuma disebelah kanan luar kotak lawan, bola masuk terus ke sudut sebelah kanan gawang lawan
Sabah 3 - 2 DRB Hicom
83mins
Berlaku kekecohan di tengah padang kawasan Sabah di antara Shafuan dan Farid Saibun pemain kelahiran Sabah.
Farid kelihatan melakukan retaliation dengan headbutt terhadap Shafuan.
Farid terus dilayangkan kad merah kurang 5 minit selepas beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.
94mins
Dalam kelekaan pemain DRB untuk mencari gol penyamaan, Ezaidy berjaya meloloskan diri dan hanya berdepan dengan penjaga gol di tengah-tengah kawasan midfield DRB, Ezaidy berjaya melepaskan diri dari penjaga gol namun rembatan beliau dari sebelah kiri kawasan DRB ke gawang yang kosong terkena palang luar sebelah kanan
Full Time
Sabah 3 - 2 DRB HicomRingkasan
Pasukan Sabah kelihatan agak buntu di masa pertama apabila banyak hantaran yang tidak menjadi dan hot spot lebih berat disebelah kanan yang banyak melibatkan kombinasi Ezaidy-Diouf- Zayed.Diouf menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dari awal perlawanan sampailah ke wisel penamat.
Permainan Sabah lebih cenderung kepada short passes dan pressing ball dan lebih kemas.
Barisan defenders beraksi dengan baik walaupun ada beberapa kali pemain DRB berjaya meloloskan diri namun gol DRB adalah hasil daripada freekick dan misskick oleh Faye.
Gandingan Shafuan dan Azizan semakin serasi namun masi banyak ruang untuk memperbaiki mutu permainan sebab ada beberapa kali hantaran midfield kita terus ke pihak lawan atau wasted sahaja.
Ezaidy pun bertindak cemerlang disebelah kanan namun Leopold masi tercari-cari rentak disebelah kiri.
Persoalan saya adalah prestasi Eamon Zayed yang pasti akan jadi tanda tanya oleh kebanyakan penyokong Sabah.
Beliau hampir tidak menyumbang apa-apa yang boleh dibanggakan.
Kita perlukan striker import seperti Scott yang boleh menjaringkan gol walau macamana keadaan pun.
Kemasukan Mohd Shafiq mengantikan Zayed dituruti dengan tempakan sinis terhadap Zayed dan perlawanan lebih rancak di atas selepas kemasukan Shafiq, tidak sampai 3 minit selepas Zayed dikeluarkan, Shafuan menjaringkan gol kemenangan kita melalui tendangan percuma.
Tahniah kepada pasukan Sabah dan semua peminag tegar yang hampir mencecah 10 ribu orang, walaupun hujan penyokong tetap bersama pasukan.
Thumbs up juga kepada NBU yang tidak berhenti memberi sorakan, nampaknya isu dua gendangan bergema sekaligus sudah diselesaikan.
Harap-harap yang jauh dan tidak dapat nampak, buli dapat sedikit gambaran kejadian-kejadian di stadium semalam, style kampung saja ni bukan pro.
SABAH TATAP!!!!
By Pritchard Sebastian Gumbaris
Cc Mino Ersyah Arshad
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola