Johor Darul Takzim tewas, Pahang sekadar seri

Keputusan lain: ATM 0-2 Perak | Sarawak 3-1 Terengganu | Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Johor Darul Takzim tewas, Pahang sekadar seri

Finalis Piala Malaysia musim lepas Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang menerima nasib yang berbeza pada aksi perlawanan kedua saingan Liga Super 2015.


Pahang yang berdepan juara 32 kali Piala Malaysia Selangor gagal menggunakan kelebihan di laman sendiri untuk memperolehi kemenangan.

Walaupun anak buah Zainala Abidin Hassan mengawal keseluruhan perlawanan namun gagal menyudahkan beberapa peluang yang terhidang.

Tiada sebarang gol dihasilkan dibabak pertama perlawanan dari kedua-dua pasukan.

Bermula babak kedua, Matias Conti menceriakan penyokong yang hadir ke Stadium Darul Makmur dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 59.

Walaubagaimanapun, import Indonesia Andik Vermansyah mempamerkan pengawalan bola yang cukup baik untuk meledak gol penyamaan pada minit ke 64.

Skaud Tok Gajah terpaksa beraksi dengan 10 pemain dihujung permainan apabila Hafiz Kamal dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Hadi Yahya.

Disamping itu, juara Piala Sumbangsih 2015 JDT gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tewas ditangan pendatang baru Liga Super PDRM di Stadium Shah Alam, Selangor.

PDRM membuktikan keputusan tewas ditangan LionsXII minggu lalu sedikit pun tidak membantutkan semangat The Cops untuk menjelmakan kemenangan.

Mohamadou Sumareh menjadi wira PDRM apabila meledak satu-satunya gol pada minti ke 75 sekaligus memastikan anak buah Azman Adnan mengutip tiga mata.

Kehilangan beberapa tonggak utama sememangnya memberi kesan kepada JDT untuk mempamerkan aksi baik di Shah Alam.

Keputusan lain:


ATM 0-2 Perak

Sarawak 3-1 Terengganu

Sime Darby 0-3 Felda United

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.