Kebaikan Stadium di Malaysia mempunyai kualiti tersendiri bila mempunyai reka bentuk stadium tidak berbumbung

Kickbola.netREKA BENTUK STADIUM DAN KUALITI PADANG
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Kalau anda perasan, kebanyakan stadium di Malaysia (dan dunia) yang mempunyai kualiti padang yang bagus, mempunyai reka bentuk stadium tidak berbumbung.

Kalau nak tahu, stadium tidak berbumbung mempunyai kadar tembusan cahaya matahari yang tinggi yang amat diperlukan bagi proses menghasilkan rumput padang yang berkualiti.




Itu adalah antara sebab mengapa stadium seperti Stadium Darul Makmur,Stadium Larkin dan Stadium Likas, mempunyai padang yang lebih lawa dan sejuk mata memandang berbanding stadium nasional kita sendiri iaitu SNBJ.


Salah satu cara lain bagi meningkatkan penembusan cahaya matari ke atas rumput padang juga adalah melalui proses "penjemuran padang".



Proses mengangkat padang (Movable field) dilakukan dengan mengalihkan padang tersebut ke kawasan lapang untuk meningkatkan penembusan cahaya matahari.


Kebanyakkan stadium di Amerika mempunyai kelebihan ini namun menelan kos yang agak tinggi untuk dilakukan.


Semoga pihak berkenaan mampu mengkaji isu ini demi menghasilkan kualiti padang yang setaraf dengan status SNBJ sebagai antara 10 stadium terbesar di dunia.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.