Mike Mulvey dilantik Pengarah Teknikal Sabah FA

Kickbola.net Mike Mulvey dilantik Pengarah Teknikal SabahRhinos
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Mike Mulvey dilantik Pengarah Teknikal SabahRhinos

Mike Mulvey, 52 tahun, bekas ketua jurulatih Brisbane Roar (Australia) telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal yg baru bagi pasukan Sabah. Manakala Justin Ganai kekal sebagai Ketua Jurulatih Sabah FA.

Bekas jurulatih Brisbane Roar FC, Mike Mulvey mengenepikan Dato K. Rajagopal dan Mohd Azraai Khor untuk dipilih menjadi Pengarah Teknikal dan Ketua Jurulatih pasukan Sabah FA.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kejayaan Mulvey membawa Roar menjadi juara double pada musim 2013-2014.

Mulvey yang lahir di Manchester, England walau bagaimanapun dipecat oleh pemilik kelab tersebut yang berasal dari Indonesia, Bakrie Group pada Nov lalu selepas juara bertahan itu hanya mampu mengutip satu kemenangan dari 6 perlawanan pertama Australian League musim 2014-15.

Mulvey dipilih oleh presiden Sabah FA, DSP Musa Aman yang secara rahsia memanggil dan menemuduga kesemua 3 calon jurulatih tersebut.

Penyokong Sabah walaupun ramai mengharapkan Azraai menjadi jurulatih, nyata positif menyambut perlantikan Mulvey.

Apa yang pasti, semoga masalah perhubungan (language barrier) antara pemain dan jurulatih dapat diatasi untuk memastikan apa yang dituturkan oleh jurulatih 'sampai' kepada pemain.

Welcome to SabahRhinos!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.