FOTO GAMBAR PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN STADIUM LARKIN UNTUK MUSIM 2015

Kickbola.net
PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN STADIUM LARKIN UNTUK MUSIM 2015

Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru tahun baharu 2015

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin kini berwajah baru dengan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan untuk musim 2015 ini. Antaranya adalah seperti :-

P
emasangan 'AstroTurf' yang diimport daripada Belanda untuk mengelakkan pemain tergelincir sewaktu berada di lorong menuju ke bilik persalinan ketika perlawanan.

● Penambahbaikan jubin di perkarangan pintu masuk stadium sehingga ke bahagian tempat duduk VVIP menampilkan imej serba baru buat para pengunjung serta peminat pasukan Harimau Selatan.

● Di bahagian dinding perkarangan utama turut menerima sentuhan yang bakal memberikan suasana berbeza termasuklah pemasangan logo Johor Darul Ta'zim, bakal menambah rasa bangga buat para pengunjung.

● Penukaran lampu limpah yang diimport dari Itali mempunyai kecerahan mencapai 2000 lux telah menggantikan lampu limpah lama dan ianya dapat memudahkan siaran dan rakaman video yang menggunakan format 3D dan juga definisi tinggi (HD).

● Besi penghadang di sekeliling stadium yang direndahkan serta dipasang kaca plastik berketahanan tinggi mampu memberikan lebih keselesaan kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan.

● Pemasangan tempat duduk pemain atau 'bench player' serba baru untuk pemain dan pegawai pasukan. Mempunyai reka bentuk baru yang lebih rendah serta tampak bercirikan standard antarabangsa. Tambah menarik, bukan sahaja untuk pemain dan pegawai pasukan malah pihak pengurusan turut membina tempat khas untuk pengadil dan pegawai bertugas.

● Bilik 'Corporate Box' untuk para penaja dan VVIP juga sudah sedia untuk musim 2015.

● Surau, tandas dan tempat duduk penonton juga sedang diperbaiki dan penambahbaikan dilakukan peringkat demi peringkat.

Luaskan Kuasamu Johor!!

Tempat duduk pegawai dan pemain simpanan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin kini sudah dipasang dengan kerusi 'bucket' yang baru berwarna biru.

Bukan sahaja kerusi, malah tempat duduk tersebut yang telah direndahkan ke dalam sebahagian tanah menjadikan standard stadium kini menyamai spesifikasi stadium antarabangsa.

Pastinya perubahan sebegini mampu memberikan satu lagi lambang kemegahan buat penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu Johor.

Stadium ini juga bakal menyaksikan kewujudan Marshall yang pertama di Malaysia bagi saingan Liga Malaysia tidak lama lagi yang ditugaskan untuk mengawal situasi di dalam stadium.

Tudiaa.. seat bench pemain JDT berwajah baru bagi menepati spesifikasi stadium standard antarabangsa.

Ini bermakna kita bakal menyaksikan perlawanan piala sumbangsih yang berkelas dunia dengan kehadiran marshal, kualiti padang, LED adboard serta tahap pencahayaan lampu limpah yang tinggi.

Seat bench ni terbenam kebawah sikit bagi memudahkan penonton menyaksikan perlawanan tanpa sebarang halangan.

Pasti banyak syarikat penyiaran nak beli hak penyiaran siaran langsung perlawanan sumbangsih diantara 2 pasukan tumpuan, JDT vs Pahang. Kemungkinan milik astro Fox Sports.

Kini negara asia akan terkejut dengan kualiti Liga M yang akan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dan akhirnya, Liga M akan jadi setaraf dengan Liga Thailand, Jepun dan Korea.

Stadium Larkin merupakan kubu kuat JDT kerana tidak pernah mengalami sebarang kekalahan sepanjang saingan Liga Malaysia musim lepas.

Aura stadium tersebut serta sorakan padu penyokong2 JDT yang diterajui B.O.S dikatakan faktor kepada kekebalan pasukan JDT di Larkin.

Stadium kebanggaan rakyat Johor dan penyokong2 JDT , Stadium Larkin sudah hampir siap sepenuhnya setelah giat menjalani kerja2 naiktaraf sejak musim 2014 berakhir bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2015.

Pelbagai perubahan dilakukan oleh PBNJ antaranya pemasangan lampu limpah , pemotongan pagar di kawasan penyokong serta penambahbaikan fasiliti2 dalaman dan luaran stadium bagi menjamin keselesaan pasukan dan penyokong2 yang hadir.

Jaring gol juga turut dikait dengan warna merah dan biru iaitu warna rasmi pasukan JDT.

Stadium Larkin mencatatkan rekod cemerlang untuk skuad JDT kerana mengharungi 19 perlawanan rasmi tanpa kalah sejam Disember tahun 2013 dalam saingan Liga Malaysia di stadium tersebut.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.