Ulasan Perlawanan Persahabatan Sabah FA vs Sime Darby FC - 24 Januari 2015

Kickbola.net Malaysian Premier League 2015 warm-up match. Words by Pritchard Sebastian Gumbaris. Photo by Mino Ersyah Arshad
Malaysian Premier League 2015 warm-up match. Words by Pritchard Sebastian Gumbaris. Photo by Mino Ersyah Arshad

Matahari yang terik tidak menghalang penonton tegar utk datang menyaksikan kelibat pemain Sabah yang dilatih oleh orang lama Justin Ganai.

Cuaca pun macam tau2 yg Sabah akan main. Semua kira perfect tinggal main saja.

Barisan first 11 terdiri daripada : -
Penjaga Gol - Irwan,
Pertahanan - Alto, Faye (c), Hardy, Julamari
Tengah - Izuan, Amy, Azizan, Maxsius
Penyerang -  Leopold, Zayed

1st Half


Perlawanan bermula dgn kedua2 pasukan sering balas membalas serangan. Sabah nampak lebih bahaya berbanding dgn pasukan Sime Darby.

Gandingan Zayed - Leopold nampak cukup serasi.

Beberapa peluang tercipta namun samada shooting berjaya ditepis oleh defense atau terlalu lemah.

Kalau dulu kita nampak zayed agak lost masa lawan sarawak di likas ni kali dia lebih compose dan first touch serta running into space dia memang ngam timing sama si leo cuma penyudah yg belum ada.

Di bahagian tengah pula azizan banyak membuat tackle2 penting, kira cover habis kawasan 2nd and 3rd half padang.

Amy pula lebih kepada mencari ruang utk bagi bola lorongan sama strikers and wingers namun agak awal mau comment cara dia main di tengah sbb kita suda biasa dia main wing kiri atau forward kiri, tapi apa yg boleh nampak ialah dia memang ada potensi di tengah, hantar2an dia memang berkualiti cuma mungkin dia agak ragu2.

Kira dan kanan memang laju...dua2 pemain kecik2 tapi macam lipas kudung.

Kalau bahagian defense, kiri dan kanan memang susah sime darby mau limpas.

Di tengah defense pula ada si hardy, dia ni memang berpengalaman, last season main sama JDT2..

Partner dia ex Hull City si Faye, kalau yg biasa tinguk EPL dulu, Rooney pun susah mau limpas dia ni tapi tu dulu skrang umur dia suda 37.

Pengalaman dia memang ndak buli dinafikan sbb reading game sama defending dia bagus cuma dari segi speed dia suda tidak bole tanding pemain laju2, nasib juga forward2 sime darby ni ndak seberapa, ada beberapa kali si Faye off position tapi hardy cepat tolong bawah.

Sime Darby ndak kurang hebat juga terutamanya masa corner kick, ada skali hampir gol tapi kena palang. Masa corner ada beberapa kali si irwan miss timed dia punya pergerakan nasib ndak gol.

Gol sabah pula di minit 40 first half, bila si Maxsius slide cucuk bola masuk hasil daripada preasure players sabah sama defense sime darby sehingga terlepas bola but goal bikin semarak semangat hanya mampu bertahan semalam 6 min sebelum ref tiup wisel, kalau ada 15 min lagi mungkin kita ada peluang skor gol kedua.

2nd Half


Mula kick off second half, sime darby sikit menyamakan kedudukan apabila pemain tengah terlepas bola di tengah padang. Mulai dari minit 60min, pasukan sime darby mula control game dan nampak lebih bahaya..sabah jarang2 suda sampai kotak penalti lawan. Faye yg nampak betul kurang fit dikeluarkan.

Azizan, Izuan, Julamri, Leopold, Hardy semua dikeluarkan samada Injured atau like to like subs.

Yg masuk si diouf, ezaidy, didie, jenius, tawfiq, zureindy sama ada satu centre back sa pun lupa nama.

Si amy kena kasi main lone striker, alto main attacking kiri, ezaidy attacking kanan, zayed attacking centre, zuriendy main tengah sama diouf.

Permainan mula kucar kacir.. bahagian tengah nampak betul senang2 kena control sime darby.. sime darby pula mula kasi masuk pemain laju..selama 30mins sebelum tamat, sime darby banyak menyerang last min ke 92 gawang sabah kena tembus dari gerakan sebelah kanan sabah.. memang teda yg guard tu winger tinggal dia square pi tengah..striker dia simple tap saja masuk lebih kurang macam gol si maxsius juga. Last2 wisel penamat, nasib ndak kalah kira ok juga sebab lawan kita dari super league.

Tapi kalau mau dianalisa secara umum.. substitute ndak membawa Impak yg kita mau lihat dan kurang game plan dari JG utk kasi tumbang lawan...biasanya coach akan lihat dan analisa dan buat percaturan yg membolehkan pemain ambik peluang dari kelemahan lawan tapi..kita lebih banyak defending.

Dan si diouf ndak boleh dinafikan bawa tu aura2 tapi pemain terlampau mau kasi bola sama diouf walaupun he is not the best option sampai banyak bola lepas.. kalau ada pemain yg lebih fit dan lebih kreatif mungkin buli buat perubahan dari segi approach sabah di masa kedua apabila pihak lawan suda mula control game.

Bagi saya faye dan diouf belum fit utk bermain cuma Pengalaman yg bagus.. kalau game betul2 masa liga nt lain corak permainan lawan nnt.. the delayed movement due to fitness concern stop us from playing fast attacking game.

Tapi apa2 pun kita ada beberapa minggu lagi utk rectify the problems.. sbb kalau game betul2 teda subs sampai 6-7 orang so our first 11 must be super good and super fit, dan kalau ada 3-4 subs yg bagus yg boleh kasi tukar game mungkin kita boleh pergi jauh.

Harap2 summary kampungan saya ni dapat kasi gambaran perlawanan khas utk yg ndak dapat turun likas. Sabah Tatap!! - Pritchard Sebastian Gumbaris 

CREDIT PHOTO BY - Mino Ersyah Arshad

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.