Cristiano Ranaldo bukan sahaja hebat di padang, popular dan memiliki kekayaan, tetapi dia juga telah membuktikan dirinya tidak sombong kepada peminatnya.
Walaupun hidup dengan serba kemewahan, sikap tidak mengabaikan peminat oleh bintang Real Madrid itu, ditunjukkan menerusi penyamaran sebagai seorang pengemis.Bermula di Row Zed, Ronaldo melakukan penyamarannya dengan mengenakan rambut, misai dan jamban palsu serta jaket menampakkan susuk tubuhnya yang gempal. Ronaldo membawakan watak seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal.
Tindakannya yang bijak mengambil hati peminat menjadikan dirinya hebat. Dalam penyamaran itu, Ronaldo telah melayan seorang peminat ciliknya dengan menunjukkan kebolehannya menimbang bola. Sebelum mendedahkan indentitinya yang sebenar, Ronaldo sempat menandatangani autograf pada sebiji bola untuk diberikan kepada peminat ciliknya itu.
Sejurus selepas itu, Ronaldo tampil mendedahkan dirinya yang sebenar sebagai kejutan buat peminatnya. Orang ramai yang melihat kejadian itu masing-masingnya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemain terbaik dunia itu. Peminat cilik itu jelas kelihatan terpaku dan tidak tahu memberikan reaksi yang sewajarnya setelah pendedahan dilakukan Ronaldo. Cristiano Ronaldo yang baru sahaja memenangi anugerah pemain terbaik dunia ( Ballon d'or) itu, telah membuktikan dirinya bukan sahaja hebat di padang malah turut bijak raihkan peminatnya.
Rasa hormat para peminat Ronaldo pastinya kekal berterusan setelah masa terluang bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tanpa diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil.
Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena menggunakan telefon bimbitnya.