Perlawanan Persahabatan ke II Pra Musim Sabah FA v Sime Darby FC - 26 Januari 2015

Kickbola.net Mari Serang Perlawanan Persahabatan ke II Pra Musim Sabah FA v Sime Darby FC. Gambar oleh Sharin Said & Mino Ersyah Arshad
ADA PENINGKATAN TAPI MASIH BANYAK PERLU DIPERBAIKI

Selamat Pagi semua! Bah, jangan kita lupa perlawanan persahabatan malam nanti, Sabah Rhinos vs KL Sime Darby FC di Stadium Likas, bermula jam 8.15 malam.

Ketua Jurulatih, Justin Ganai dijangka menurunkan kesebelasan terbaiknya pada malam ini termasuk menurunkan El Hadji Diouf, Abdolaye Faye, Eamon Zayed dan Rozaimi Abdul Rahman dalam kesebelasan utama.

Mari kita turun beramai-ramai...meriahkan Stadium Likas dengan sokongan padu anda!


DI SEBALIK keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan menentang Sime Darby FC pada perlawanan pertama, sudah ada beberapa perkembangan positif yang ditunjukkan Sabah Rhinos dalam menghadapi saingan sebenar Liga Malaysia 2015.

Keputusan itu juga bukanlah satu ukuran untuk kita menilai kemampuan sebenar Sabah Rhinos, sebaliknya menjadi pengalaman berguna khususnya kepada para pemain yang diberi peluang beraksi.

Pada perlawanan itu, hampir keseluruhan pemain yang didaftarkan dalam bangku simpanan diberi peluang untuk beraksi dan mereka juga menunjukkan semangat juang tinggi walaupun sedikit ‘goyah’ ketika diasak pasukan dari Liga Super itu.

Dengan hanya dua import iaitu Abdoulaye Faye dan Eamon Zayed yang memulakan perlawanan, Sabah dilihat mampu memberi saingan kepada Sime Darby FC dengan beberapa gerakan menarik.

Gol Sabah Rhinos dijaringkan bekas pemain Harimau Muda B, Maxsius Musa pada minit ke-40 selepas menyempurnakan rembatan Rozaimi Abdul Rahman yang dihalang pertahanan Sime Darby.

Untuk tidak menghampakan penyokong, El Hadji Diouf turut beraksi pada 15 minit terakhir perlawanan walaupun belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, ‘Sang Badak’ terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri apabila Mohd Shoufiq Mohamad Kusaini menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan.

Ketua Jurulatih, Justin Ganai ketika ditemui, berkata perlawanan hari ini tidaklah begitu baik namun pasukannya mula menunjukkan keserasian di antara mereka.

“Perlawanan hanya ‘ok’, pemain kita semakin serasi dan yang positifnya juga Rozaimi bermain 90 minit.

“Saya mungkin akan menggunakan 90 peratus daripada pemain kesebelasan utama tadi (semalam) untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sime Darby sekali lagi akan menguji Sabah Rhinos dalam aksi persahabatan kedua Isnin depan, juga di Stadium Likas, bermula jam 8.15 malam. - FULL ALBUM PERLAWANAN

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.